Soalan:
SAYA ibu kepada tiga orang cahaya mata. Selepas tiga tahun
menjanda, saya berkenalan dengan seorang pemuda yang muda enam
tahun daripada saya. Kami sudah berkahwin hampir 10 bulan.
Masalah saya, suami semakin lemah dalam melayani keperluan seks
saya. Ketika baru bernikah, dia dapat memuaskan segala tuntutan
batin saya, hinggakan ada ketika kami boleh 'belayar' lebih enam
kali sehari.
Keinginan seks saya memang tinggi serta lambat mencapai klimaks.
Sekarang suami tidak dapat memenuhi keinginan saya seperti dulu.
Adakah suami saya akan menjadi lemah syahwat apabila kerap
melakukan seks? Keinginan seksnya juga tinggi, tetapi dia tidak
mampu bertahan lebih lama.
Sejak bernikah dengannya juga, saya mengamalkan pil perancang.
Adakah itu akan menyukarkan saya mendapatkan zuriat jika
mengambilnya dalam jangka masa panjang?
Memandangkan usia saya semakin meningkat dan suami masih muda, saya
bimbang jika pengambilan pil perancang itu menyebabkan kami gagal
mendapatkan zuriat.
LIZA
Jawapan:
Tahniah kerana anda dapat membuka pintu hati kepada lelaki selepas
tiga tahun menjanda.
Memandangkan suami anda mampu mencapai ereksi dan dapat melakukan
hubungan seksual, bererti dia tidak mengalami masalah seksual,
kecuali kemampuan seksualnya tidak setaraf dengan anda.
Mungkin anda perlu mengawal kekuatan nafsu seksual mengikut
kemampuan syahwat suami.
Dalam masa sama, anda boleh membantunya membina semangat dan
kekuatan seksual iaitu melalui penjagaan pemakanan, amalkan gaya
hidup sihat dan elakkan tabiat merokok yang boleh menekan kualiti
ereksi.
Anda juga boleh menggalakkan suami melakukan aktiviti seksual
alternatif kepada anda bagi rangsangan seksual seperti seks oral
dan penggunaan peralatan seks atau 'sex aids'.
Kini, alat berkenaan boleh dibeli melalui Internet.
Meminta pasangan melakukan hubungan seks di luar kemampuan
seolah-olah melakukan penderaan seks.
Jika anda sayangkan suami, anda perlu kawal kehendak seksual
mengikut selera suami.
Ketika berintiman dengan suami, galakkan suami anda secara manja
dan bukan dengan paksaan atau dalam keadaan marah.
Jika suami tertekan, dia akan hilang kawalan ejakulasi dan tidak
dapat bertahan lama. Lama kelamaan, suami akan mengelak melakukan
seks bersama anda nanti.
Mengenai merancang keluarga dengan pengambilan pil perancang,
kaedah ini selamat dan tidak mengganggu kesuburan.
Anda perlu sedar, apabila anda lebih berumur daripada suami,
kesuburan anda boleh menurun berbanding pasangan.
Jadi jika anda dan pasangan berhajat mendapatkan cahaya mata,
jangan tunggu lagi. Semakin berumur, lagi sukar seseorang wanita
hamil.
JARANG terdengar pasangan menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum
melangsungkan perkahwinan, kecuali jika mereka was-was mengenai
tahap kesihatan yang boleh mempengaruhi perkahwinan secara negatif.
Jadi, tidak mustahil ada individu menjalani pemeriksaan tertentu
untuk mengenal pasti tahap kesihatan. Lelaki yang ada masalah atau
gangguan ereksi akan berasa was-was untuk berkahwin kerana takut
tidak dapat melakukan hubungan seksual dengan pasangan.
Ada yang khuatir mengenai saiz dan bentuk zakar, takut tidak dapat
memuaskan pasangan dan ada yang takut dirinya mandul kerana hanya
ada satu atau tiada buah zakar dalam kerandut. Ada pula yang
bimbang kerana ada buah zakar kecil atau mempunyai varikosel
(pembuluh darah berpintal).
Semua keraguan ini perlu mendapat perhatian sewajarnya dan bukan
sekadar memikirkannya. Jumpa doktor pakar dalam pengendalian
masalah itu.
Mati pucuk bererti lelaki itu tidak mampu mencapai ereksi yang
mencukupi dan kekal untuk memasukkannya ke dalam faraj pasangan.
Lelaki yang mati pucuk ada perasaan dan nafsu syahwat. Dia rasa
tertekan kerana tidak dapat melakukan perkara yang menyeronokkannya
dan tidak hairan jika dia mengalami perubahan mood dan tingkah laku
negatif.
Jarang lelaki muda mengalami mati pucuk. Jika ia berlaku, mungkin
ada masalah kesihatan yang terselindung dan elok dia berjumpa
doktor untuk pemeriksaan dan rawatan.
Kini rawatan moden dapat membantu sebilangan besar lelaki mati
pucuk. Rawatan tradisional seperti urut tidak berkesan, malah
memudaratkan. Jangan percaya pada kefahaman karut dan khurafat
kononnya mati pucuk akibat buatan orang.
Yang mustahak, lelaki yang mengalami mati pucuk perlu memahami dia
tidak bersendirian dalam masalah ini.
Kajian di Malaysia mendapati 2.3 juta lelaki Malaysia berumur 40
tahun dan ke atas mengalami mati pucuk dan angkanya mungkin lebih
jika turut dimasukkan jumlah lelaki yang muda. Soalnya, jangan
mendiamkan diri, sebaliknya dapatkan bantuan doktor.
Mati pucuk boleh mengakibatkan masalah kesuburan kepada pasangan
kelamin kerana suami tidak dapat memasukkan ereksi ke dalam faraj
isteri untuk menyalurkan air mani yang mengandungi sperma.
Jika air mani dapat dimasukkan ke dalam faraj perempuan sama ada
doktor yang melakukannya melalui prosedur penyemaian mani berhadas
(artificial insemination husband) atau suami itu sendiri
(mengeluarkan air mani secara onani dan menyuntiknya ke dalam faraj
dengan alat penyuntik tanpa menggunakan jarum).
Zakar yang tidak erek pun boleh terpancut air mani jika dirangsang.
Wanita yang prihatin mengenai hal ehwal kesihatan pasangan atau
kawan, tidak salah untuk memberi sokongan dan motivasi kepada kawan
atau pasangan supaya mereka berjumpa doktor untuk pemeriksaan.
Soalan
SAYA baru berkahwin semula selepas lama menduda. Menggunakan
pengalaman silam, saya menjalin hubungan bersama isteri baru.
Tetapi saya dapati isteri saya lambat klimaks hingga kadang kala
kami kecewa. Apakah kita boleh dapati ubat mempercepatkan klimaks
wanita di pasaran?
NS
Balakong
SETAKAT ini tidak ada lagi ubat di pasaran yang dapat membantu
mempercepatkan klimaks seseorang wanita. Bagaimanapun, saudara
boleh mencuba beberapa teknik yang boleh membantu seseorang wanita
mencapai klimaks. Ini termasuk memanjangkan 'foreplay' di mana
tumpuan perlu diberi kepada kawasan lain selain dari vagina,
stimulasi manual klitoris samada dengan cara oral, jari atau
bantuan alatan seperti vibrator.
Sekiranya masalah ini berlarutan dan membawa kepada ketegangan
hubungan suami isteri, isteri saudara mungkin mempunyai masalah
'female sexual dysfunction' yang boleh berpunca dari sebab-sebab
fizikal, hormonal atau psikologikal. Saudara perlu membawa isteri
saudara berjumpa dengan pakar sakit puan untuk pemeriksaan dan
rawatan lanjut.
SOALAN
SAYA berumur 26 tahun dan baru mendirikan rumah tangga. Saya
menghadapi masalah ketika ingin melakukan hubungan kelamin bersama
isteri. Ketika bercumbu-cumbu zakar masih menegang, tetapi apabila
bersedia untuk masuk ke lubang faraj, ia tiba-tiba layu dan tidak
lagi tegang. Saya tidak pasti masalahnya.
IZZUDIN
Terengganu
JAWAPAN
Dalam keadaan biasa, apabila ereksi berlaku, darah masuk ke dalam
liang otot zakar dan membuatkan ia mengembang dan padat. Di samping
itu, pembuluh darah ven mencengkam dan darah dalam otot zakar
terkunci dalam liang otot, membuatkan zakar tegang dan sesuai untuk
disalurkan ke dalam faraj.
Jarang kemasukan darah dalam liang otot zakar terganggu iaitu darah
tidak masuk dengan banyak kerana saluran darah mula mencerut akibat
tindak balas 'adrenalin' yang biasa keluar ketika lelaki mengalami
perasaan teruja atau gementar.
Apabila ini berlaku, darah dalam otot zakar kurang dan zakar tidak
padat dan darah dalam liang otot tidak 'terperangkap' dalam otot,
tidak kekal dalam otot untuk memberi ketegangan yang padat,
sebaliknya darah keluar dari liang otot zakar dan dalam sekelip
mata ereksi menjadi kendur sebelum sempat disalurkan ke dalam faraj.
Kadangkala pergerakan badan, kemutan dan debaran membantutkan
proses ereksi dan ereksi tidak berlaku atau jika berlaku, ia akan
kendur. Keadaan ini dikenali sebagai 'pelvic steal reflex'. Ada
juga situasi darah dalam otot tidak kekal.
Ia keluar dari otot melalui pembuluh darah ven sedikit demi sedikit
dan ini membuat ereksi yang satu ketika padat, menjadi kurang padat
dan gagal lakukan penembusan.
Situasi ini dikenali sebagai 'venous leak' atau keciciran darah
daripada otot zakar. Daripada situasi yang saya huraikan tadi, cara
mengekalkan ereksi supaya tidak kendur ialah jangan resah atau
gelisah ketika hendak bersama isteri.
Tumpukan kepada perasaan ghairah dan lakukan penembusan apabila
ereksi padat. Jangan tunggu lama dan kawal gerakan badan sambil
mengekalkan ereksi cara mengemut. Untuk masalah darah tercicir dari
liang otot, saya syor guna cincin penambat pangkal zakar daripada
getah asli.
Jika anda nak ereksi dalam keadaan mantap dan sentiasa bersedia,
guna krim perapi zakar yang ada dalam pasaran. Sapukan sedikit krim
pada penghujung zakar dan lakukan urutan lembut supaya krim itu
serap ke dalam kulit. Lakukannya setiap pagi selepas mandi. Jika
masalah itu masih ada, elok jumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan.
SOAL JAWAB KESIHATAN SEKSUAL LELAKI
Posted by ownz | Saturday, July 11, 2009 | Kesihatan | 0 comments »Apakah yang dimaksudkan dengan disfungsi erektil?
Disfungsi erektil (ED) adalah ketidakupayaan zakar mengekalkan atau
mengukuhkan tegangan sewaktu melakukan hubungan seks. Mati pucuk
juga ialah sejenis gangguan kesihatan seksual yang boleh dikaitkan
dengan permasalahan lain seperti lemah tenaga batin dan masalah
pengeluaran air mani.
Apakah punca berlakunya mati pucuk?
Masalah kesihatan yang menjejaskan aliran darah adalah punca lazim
masalah ED. Ada yang berpendapat kemerosotan fungsi ereksi adalah
biasa apabila usia seseorang itu meningkat. Sebenarnya, ada faktor
lain yang boleh menyumbang kepada permasalahan ini khususnya jika
beliau berpenyakit.
Apakah penyakit yang boleh menyumbang kepada terjadinya ED?
Ada beberapa jenis penyakit yang sudah dikenal pasti iaitu
diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung, paras kolesterol
yang tinggi dan prostatektomi (pembedahan pada zakar).
Diabetes menyebabkan seseorang lelaki mengalami ED pada usia yang
lebih muda berbanding lelaki lain. Mereka yang menjalani rawatan
diabetes berisiko lebih tinggi, iaitu tiga kali ganda bagi
mengalami masalah ereksi yang serius. Lebih kurang 35 hingga 50
peratus lelaki diabetes mengalami masalah ED.
Tekanan darah tinggi boleh menyebabkan saluran darah menjadi sempit
dan mengeras. Ini akan menjejaskan pengaliran darah ke zakar,
sekali gus kualiti ereksi. Penyakit jantung dan paras kolesterol
yang tinggi juga menjejaskan pengaliran darah ke zakar. Lelaki yang
dirawat untuk penyakit kardiovaskular berisiko empat kali ganda
lebih tinggi mendapat masalah mati pucuk berbanding lelaki lain.
Prostatektomi mencederakan saraf dan salur darah pada zakar lalu
menjejaskan kualiti ereksi.
Apakah yang dimaksudkan dengan gaya hidup tidak sihat dan bagaimana
ia menyumbang kepada terjadinya permasalahan mati pucuk?
Gaya hidup dikatakan tidak sihat apabila seseorang itu merokok,
mengambil alkohol secara berlebihan, kurang bersenam dan
mengamalkan diet tidak seimbang. Kesemua perkara di atas
meningkatkan risiko seseorang itu mengalami ED terutama apabila
usia semakin meningkat.
Faktor psikologikal juga boleh menyebabkan ED. Bagaimana?
Penumpuan kedua-dua minda dan tubuh adalah diperlukan sewaktu
melakukan aktiviti seksual. Gangguan psikologi seperti tekanan,
kemurungan, rasa bersalah, rendah diri, bimbang dan risau mengenai
prestasi seksual, boleh mengganggu penumpuan minda. Akibatnya,
rangsangan seksual yang diterima tidak dapat merangsang tubuh lalu
menjejaskan prestasi seksual, khususnya penegangan zakar.
Bagaimanakah seseorang boleh menangani masalah mati pucuk secara
semula jadi?
Pengubahsuaian gaya hidup dan tabiat pemakanan serta pengambilan
makanan tambahan yang sesuai boleh membantu mengatasi dan
memperbaiki masalah mati pucuk ini. Amalkan pengambilan makanan
seimbang. Bersenam secara kerap kerana senaman melancarkan aliran
darah. Pengambilan makanan tambahan yang khusus turut membantu
menangani masalah seksual. Herba seperti Horny Goat Weed (Epimedium
sagittatum), Gingko (Ginkgo biloba), Ginseng (Panax ginseng),
Puncture Vine (Tribulus terrestris), Muira Puama (Liriosma ovata),
Withania (Withania somnifera) dan Damiana (Turnera diffusa) sangat
digalakkan. Gabungan herba itu bertindak sebagai tonik seksual yang
mujarab bagi memperbaiki masalah seksual lelaki.
HUBUNGAN seks antara suami isteri merupakan rahsia yang tidak perlu
deketahui oleh orang lain. Ia terlalu peribadi untuk dikongsi oleh
orang lain selain pasangan masing-masing. Namun ia mungkin
diketahui oleh orang lain jika tidak ada kejujuran di dalam diri
masing-masing.
Adakah itu akan terjadi akibat pengaruh kelalaian wanita didalam
menaikkan ghairah seks pasangannya? Berikut ialah antara punca
suami tidak memiliki ghairah seks.
1) SEOLAH-OLAH TIDAK SUKA SEKS
Wanita perlu satu kesedaran untuk berubah, jangan berbicara tentang
seks dengan nada yang menghina sehingga menyebabkan suami rasa
hilang minat.
* Tidak berani menunjukkan ekspresi diri atau berkelakuan seperti
malu-malu kucing ketika melakukan hubungan seks.
2) TIDAK PERNAH KAWAL SEKS
Pastikan dan biar suami anda tahu anda menginginkan hubungan seks
itu. Jangan sembunyikan perasaan didalam hati anda. Tidak salah
jika anda yang mengambil inisiatif memulakannya dahulu.
3) TIDAK MENJAGA PENAMPILAN
Golongan wanita harus tahu bahawa lelaki lebih memandang kepada
luaran jika dibandingkan dengan wanita. Lelaki sangat mudah
terangsang, hanya melalui penampilan. Sebab itu lelaki mudah
terperangkap secara fizikal.
4) TERLALU MENGHARAP
Sebenarnya lelaki tidak suka jika wanita terlalu bergantung harap
kepadanya bagi memenuhi segala keperluan lebih-lebih lagi mengenai
seks. Keadaan bertambah buruk jika wanita itu merengek-rengek
seperti seorang yang tidak matang. Kesimpulannya, isteri harus
yakin dan tahu menempatkan seks pada tahap yang sebenarnya didalam
hubungan anda sebagai suami isteri. Jangan harapkan suami tahu apa
yang anda inginkan, tetapi wujudkanlah sikap saling terbuka
terutama mengenai kepuasan seks yang anda perolehi bersama.
TINGKATKAN KUALITI HUBUNGAN SEKS SUAMI ISTERI
Posted by ownz | Saturday, July 11, 2009 | 18SX | 0 comments »Bagaimanapun kebanyakan pasangan suami isteri tatkala ini khususnya
yang masih muda merasakan begitu sukar untuk melakukannya. Tuntutan
kerja sedari pagi hingga petang, urusan rumah tangga yang tak
pernah sudah dan juga tanggungjawab terhadap anak-anak membuatkan
baik suami mahupun isteri payah meluangkan masa melakukan aktiviti
bersama.
Kalau adapun niat untuk melakukannya, urusan anak sering kali
menghalang hasrat tersebut. Ya lah kalau si ayah dan ibu keluar
berdua siapa pula yang mahu menjaga anak-anak. Inilah yang selalu
bermain dalam fikiran suami mahupun isteri.
* Dalam pada itu ada juga suami ataupun isteri yang
menganggapkan kegiatan bersama ini adalah sesuatu yang remeh-temeh.
la hanya layak dilakukan di awal-awal perkahwinan saja. Bila usia
perkahwinan sudah meningkat ia terus dilupakan dengan alasan 'tiada
masa'. Pasangan suami isteri ini sebenarnya tidak mengetahui akan
kepentingan meluangkan masa antara satu sama lain, la bukan satu
proses untuk lebih mengenali pasangan masing-masing malah turut
menambah unsur kasih sayang.
Selain itu aktiviti yang dilakukan berdua dengan pasangan mampu
membangkitkan rasa kedekatan atau keintiman. Lebih penting, ahli
terapi seksual, menegaskan kegiatan yang dilakukan berduaan akan
mampu meningkatkan kualiti seks suami isteri.
* Kata mereka, dengan melakukan kegiatan berdua, satu perasaan
dekat dan keintiman yang lebih akan muncul dalam diri baik suami
mahupun isteri. Perkara ini seterusnya akan memberi kesan terhadap
kehidupan seksual mereka.
Aktiviti seks yang dilakukan selepas suami isteri menghabiskan masa
bersama dipercayai lebih mesra, asyik dan bahagia. Oleh itu semakin
kerap suami isteri melakukan aktiviti bersama maka makin teballah
perasaan dekat dan intim yang dirasakan dan makin berkualitilah
perhubungan seksual mereka.
* Pelbagai aktiviti bersama
Ada banyak aktiviti berdua yang boleh dilakukan oleh pasangan suami
isteri untuk meningkatkan keintiman. Antara yang boleh dilakukan
adalah keluar bersama membeli hadiah untuk pasangan, memasak atau
membuat kuih bersama, menonton wayang, berjoging atau bersenam
mahupun sekadar bersantai di tepian pantai.
Selain itu, pasangan juga boleh memilih untuk melakukan kerja
sosial bersama seperti membantu di rumah kebajikan, rumah
kanak-kanak cacat mahupun fakir miskin selepas habis waktu bekerja.
* Anda juga boleh melakukan acara belajar bersama, misalnya
belajar bahasa Inggeris mahupun bahasa asing. la bukan saja dapat
membantu meluaskan kemahiran berbahasa tapi yang paling penting
suami isteri akan berasa lebih dekat antara satu sama lain.
Begitu juga bila suami isteri bersama-sama mendalami hal agama.
Kegiatan keagamaan ini bukan saja menambah ilmu agama dan
kerohanian tapi mampu menjernihkan fikiran suami isteri. la juga
akan menjadi landasan untuk keduanya membentuk sebuah keluarga yang
harmoni.
* Kembali berghairah
Di samping meningkatkan kualiti perhubungan seks suami isteri,
aktiviti bersama dikatakan boleh membantu menyelesaikan masalah
ghairah seks menurun. Perkara ini disarankan oleh pakar psikologi
dan penulis buku Couple Power Therapy, Phyllis Kock Sheras.
Beliau menyarankan agar suami isteri yang mengalami masalah ini
secara teratur menyisihkan masa mereka yang sibuk itu untuk bersama
setiap hari. Sebagai contoh katanya jadualkan waktu makan bersama
sama ada di sebelah malam mahupun ketika makan tengah hari.
* Amat penting katanya bagi pasangan suami isteri meluangkan
masa berdua bagi memastikan perhubungan sentiasa harmonis. Inilah
yang akan memastikan kelangsungan ghairah suami dan isteri.
Nasihatnya lagi jangan pernah menganggap remeh urusan ini,
sekiranya di rumah agak sukar untuk bersama kerana gangguan
sekeliling, keluarlah. Luangkan masa untuk berdua seperti waktu
bercinta dulu.












