14 TIPS TARIK SUAMI KE RANJANG

Posted by ownz | Saturday, July 11, 2009 | | 0 comments »

1) Tarik perhatian suami dengan melakukan teknik yang berbeza dan
mendebarkan. Contoh : Membuka pakaian secara perlahan-lahan,
bermula dengan butang paling atas dengan aksi yang menghairahkan.

2) Cuba rapatkan dada anda ke dada suami dan dakaplah suami anda
dengan dakapan penuh nafsu.

3) Mainkan rambut anda ditubuhnya. Belaian rambut anda mungkin
dapat membangkit ghairah suami. Jangan lupa belai juga rambut, misi
atau bulu dada suami anda jika ada.

4) Buat gigitan manja di leher atau bahagian lain tubuh. Gigitan
ini boleh merangsang keinginan suami. Selain itu, suami akan ingat
anda apabila melihat bekas gigitan itu.

5) Isteri juga boleh meninggalkan pakaian dalam di tempat tidur
kerana suami sering ghairah apabila melihat benda-benda itu.

6) Tatap mata suami dengan pandangan yang mempesonakan.

7) Usap bahagian tubuh suami anda dengan usapan manja dan mesra
dengan menggunakan hujung jari, dari dahi hingga ke belakang leher.

8 ) Hembus nafas anda ke telinga suami kerana hembusan boleh
merangsang suami dan membuat dia tidak sabar mendakap anda.

9) Elak menyentuh kelemahan tubuh suami. Tumpukan pada bahagian
lain seperti dada, puting atau lengannya yang sasa.

10) Sesekali pakailah pakaian dalam yang jarang dan menampakkan
tubuh anda yang seksi atau memakai pakaian yang singkat dan
menggiurkan.

11) Selepas mandi atau sebelum mengadakan hubungan seksual, pakai
pakaian di hadapan suami. Ada lelaki yang suka melihat isteri
memakai pakaian, bermula daripada pakaian dalam, coli dan
bahagian-bahagian lain.

12) Jangan lupa, ketika hubungan seksual, selain dari alunan lagu
yang syahdu atau klasik, haruman ditubuh juga boleh membangkitkan
ghairah suami. Cuba menggunakan minyak wangi yang boleh
menyeronokkan suami.

13) Usah terburu-buru dalam hubungan seksual. Ambil masa dan
nikmatilah sepuas-puasnya.

14) Jika ingin lebih agresif. Tarik suami ke katil dan bertindak
dahulu bagi memberikan suami suatu kejutan yang berbeza.

0 comments