ATASILAH KEMESRAAN YANG SEMAKIN PUDAR

Posted by ownz | Saturday, July 11, 2009 | | 0 comments »

Aktiviti seksual adalah hubungan intim yang mengeratkan kemesraan
suami isteri dan sudah tentu menyemarakkan hubungan silaturahim
mereka. Jika ada masalah dalam hal hubungan seksual, perkara
berkenaan tidak boleh dibiarkan dan perlu dipulihkan.

Ia boleh dilakukan dengan cara sendiri yang memerlukan kerjasama
suami isteri atau bimbingan kaunselor yang mahir dalam hal hubungan
intim. Hubungan seksual memerlukan kerjasama suami dan isteri dan
masing-masing perlu memainkan peranan.

Suami tidak wajar melepaskan tanggungjawab mengurus rumah kepada
isteri. Dalam keadaan itu isteri letih dan tertekan, sudah tentu
suasana seronok untuk berasmara tiada.

Jika sama-sama menjalankan peranan sudah tentu tiada tekanan kepada
mana-mana pihak dan suasana menjadi aman tenteram. Selain kerjasama
dalam pengurusan rumah tangga, komunikasi ant memainkan peranan
mengeratkan kemesraan.

Bayangkan keadaan sebelum berkahwin betapa rapat dan mesra kerana
dapat berkomunikasi. Keadaan berbeza selepas berbulan madu dan
terutama selepas mempunyai anak. Jarang berinteraksi dan
berkomunikasi dan lama-kelamaan perasaan mesra menjadi pudar.
Sehubungan itu, hubungan seksual tidak lagi seperti dulu.

Dalam keadaan letih dan tanpa perasaan isteri atau suami berasa
dirinya tertekan tidak dapat memainkan peranan ketika melakukan
hubungan seksual kerana hubungan seksual membosankan atau menjadi
rutin.

Masalah seksual boleh berlaku dengan isteri yang mengalami perasaan
dingin (tiada mood) dan suami mengalami masalah ereksi atau cepat
klimaks dan ia memberatkan lagi hubungan serta menekankan rumah
tangga mereka.

Kebanyakan pasangan kelamin jarang berbincang mengenai hubungan
seksual. Mereka lebih suka menilai atau memikirkan kehendak
pasangan daripada berbincang. Dalam keadaan sedemikian mereka
melakukan sesuatu yang mungkin tidak sesuai untuk mencapai matlamat
penilaian sendiri.

Misalnya, suami berfikir isterinya tidak seronok bersetubuh kerana
zakarnya kecil atau isteri berfikir pasangannya tidak melakukan
hubungan seksual kerana suami tidak terangsang dengannya lagi.

Berfikiran sedemikian tidak boleh disamakan dengan komunikasi,
malah boleh menggugat suasana rumah tangga.

Saya syorkan pasangan yang mengalami masalah keintiman bermuafakat
dan bersama menyelesaikan masalah dengan baik.

Jika keadaan tidak mengizinkan kerana kedua-duanya menyimpan
perasaan negatif, elok bertemu pembimbing untuk kaunseling.
Sekiranya ada masalah kesihatan, kaunselor boleh merujuk mereka
kepada pakar.

0 comments