7 ZON EROTIK LELAKI

Posted by ownz | Saturday, July 11, 2009 | | 0 comments »

SAYA gadis berusia 25 tahun dan bakal melangsungkan perkahwinan
tidak lama lagi. Saya ingin bertanya mengenai seks dan lelaki.
Apakah bahagian badan lelaki yang dianggap sensitif? Bagaimana
caranya merangsang lelaki melakukan persetubuhan seks?

Ingin Kepastian,
Taman Tun Dr Ismail,
Kuala Lumpur.

Ramai salah anggap kononnya zon erotik lelaki hanyalah zakar dan
kepala zakar. Sebenarnya, banyak lokasi zon erotik ditubuh lelaki.
Sebaiknya, semua zon erotik ini distimulasi secara lembut dan
dilakukan apabila seseorang dalam keadaan tenang.

Stimulasi yang betul pada kawasan erotik ini akan memberi
kenikmatan sama seperti stimulasi pada zakar, malah boleh mencapai
orgasm. Kawasan erotik ini boleh distimulasi secara sendiri semasa
masturbasi atau oleh pasangan ketika melakukan hubungan seksual.

1.Kerandut buah zakar

Kulit yang menyelaputi buah zakar adalah sensitif kepada sentuhan.
Ia boleh diurut dengan pergerakan circular dengan menggunakan
hujung jari atau secara oral.

Kerandut ini juga boleh ditarik secara lembut semasa seks oral.
Buah zakar juga boleh distimulasi secara gentelan lembut dengan
mengunakkan jari.

2. Puting dada.

Puting dada lelaki mempunyai kapasiti erotik sama seperti puting
buah dada wanita. Ia kaya dengan bekalan saraf dan amat sensitif.

Pada kebanyakan lelaki, ia mempunyai kapasiti menegang dan menjadi
keras bila dirangsang. Pergerakan circular yang lembut bermula dari
arah luar ke dalam boleh dibuat di sekeliling puting. Lelaki juga
akan terangsang apabila puting dipicit atau digentel.

3. Kawasan Perineum.

Kawasan perineum ini terletak antara zakar dan lubang dubur (anus).
Ia boleh distimulasi dengan urutan perlahan dari pangkal kerandut
zakar ke arah anus atau sebaliknya. Pergerakan secara sirkular
dengan hujung jari atau secara oral di kawasan ini juga akan
memberi sensasi erotik yang tinggi. Pergerakan yang sama juga boleh
dilakukan pada bahagian peha sebelah dalam.

4. Kawasan ari-ari (suprapubik).

Kawasan ini terletak antara pusat dan pangkal zakar. Ia amat
sensitif kepada sentuhan dan urutan.

5. Kawasan punggung.

Kedua dua pipi punggung dan celah antaranya adalah kawasan erotik
yang jarang diterokai. Gerakan jari secara perlahan dari hujung
tulang belakang melalui celah punggung hingga ke anus. Lakukan ini
secara berulang-ulang. Bahagian dalam pipi punggung juga boleh
diusap lembut.

6. Kawasan Anus

Kawasan anus adalah zon erotik utama tetapi jarang diterokai. Anus
boleh distimulasi dengan cara pergerakan sirkular dengan hujung
jari atau oral di pembukaannya. Pergerakan ini boleh diselang-seli
dengan stimulasi di kawasan perinuem, bahagian dalam peha dan pipi
punggung.


7. Urutan Prostat.

Kelenjar prostat terletak di bahagian depan sebelah dalam anus. Ia
boleh dirasa seperti satu bonjolan kecil. Kelenjar prostat ini
boleh diurut secara perlahan dan hasilnya akan berlaku pengeluaran
cecair jernih dari zakar.

Ini akan memberi kenikmatan pada setengah lelaki. Sebelum urutan
ini dilakukan , jari perlulah dilubrikasikan dengan sempurna.
Seseorang lelaki itu juga perlu berada dalam keadaan yang relaks
dan selesa dengan proses urutan ini.

Saya harap dengan maklumat yang diberi ,ia dapat membantu anda dan
pasangan berhubung zon erotik lelaki. Sudah semestinya dengan
stimulasi zone erotik ini akan merangasang seorang lelaki melakukan
persetubuhan yang hebat.

0 comments