MASALAH KETIDAKPUASAN SEKS WANITA

Posted by ownz | Saturday, July 11, 2009 | | 0 comments »

Walaupun seks selalu menjadi 'isu tertutup' di kalangan wanita,
kajian Pfizer melalui 'Global Better Sex Survey' (GBSS) tahun lalu
mendapati, majoriti wanita berpendapat, seks adalah satu aspek
kehidupan yang penting.

Sebanyak 85 peratus wanita di dunia menganggap seks adalah penting
untuk mencapai hubungan yang memuaskan. Malah, 83 peratus wanita
Malaysia berkongsi pendapat yang sama.

GBBS juga mendapati secara global lebih 50 peratus wanita tidak
mencapai kepuasan seksual sepenuhnya. Angka yang sama juga didapati
di kalangan wanita di Malaysia.

Pakar Terapi Seksual dan Kaunselor Perhubungan, Dr Rosie King,
berkata masalah ketidakpuasan seksual wanita jarang mendapat
perhatian berbanding lelaki yang mendapati seks adalah antara
komponen penting dalam kehidupan manusia.

"Ketidakpuasan seksual wanita adalah satu misteri kerana ia merujuk
kepada pelbagai masalah seksual di kalangan wanita. Ketidakpuasan
seksual yang paling biasa adalah ketiadaan libido," katanya.

Dr Rosie berkata, terdapat banyak faktor yang mungkin menyumbang ke
arah ketidakpuasan seksual wanita termasuk masalah disfungsi
seksual bukan saja di kalangan wanita malah pasangan mereka.

Sebenarnya, disfungsi seksual lebih kerap berlaku di kalangan
wanita berbanding lelaki. Disfungsi seksual di kalangan lelaki
dianggarkan pada tahap 31 peratus sementara di kalangan wanita 43
peratus. Ini bermakna setiap dua daripada lima wanita mengalami
disfungsi seksual," katanya.

0 comments