Sebut sahaja perniagaan Internet pasti terbayang ribuan ringgit
dalam kepala sesetengah rakyat Malaysia sekarang. Bagi mereka
menjana pendapatan di Internet ini sangat mudah dan pasti akan
mendapat pulangan yang sangat lumayan. Ya betul. tidak nafikan
bahawa anda semua boleh menjana pendapatan di Internet dan tidak
mustahil jika pendapatan anda mencecah jutaan ringgit sekali pun.

Saya sendiri juga bercita-cita untuk mendapat pendapatan jutaan
ringgit di Internet dan sehingga kini masih lagi berusaha untuk
mencapai target tersebut. Mungkin setahun atau dua tahun lagi saya
akan mencapai peringkat tersebut kerana saya percaya bahawa sudah
ramai yang mampu lakukannya dengan kuasa Internet.
94% Perniagaan Internet Gagal Pada Tahun Pertama

Namun, anda perlu ingat dengan fakta ini iaitu 94% perniagaan
Internet gagal pada tahun pertama. Inilah hakikat pedih dan pahit
yang patut kita terima.

Oleh itu, saya ingin memberi beberapa perkara penting yang perlu
anda ambil iktibar jika anda ingin memulakan perniagaan Internet.
Jika anda mempunyai beberapa ciri yang saya akan nyatakan sebentar
lagi, silalah ubah dengan segera atau anda boleh lupakan terus
tentang perniagaan Internet. Ini kerana perniagaan Internet tidak
sesuai untuk anda.

5 Sebab Kenapa Anda Tidak Boleh Menjana Duit Di Internet

1. Anda malas untuk membaca.

Ini mungkin perkara remeh bagi sesetengah orang dan mengikut fakta
masih ramai rakyat Malaysia yang tidak mengamalkan tabiat membaca.
Mungkin juga ada di kalangan pembaca yang mengatakan "Ala.. aku
dulu time sekolah tak baca buku pun dapat straight A", "Rimas aku
nak baca buku/ebook yang tebal-tebal" dan sebagainya.

Hakikat yang perlu anda terima ialah perniagaan Internet perlu
dipelajari melalui pembacaan. Ya, untuk berjaya dalam perniagaan
Internet anda tidak boleh hanya bergantung harap kepada seminar,
video tutorial yang anda hadiri tetapi anda perlu mengambil
inisiatif untuk membaca bahan-bahan ilmiah berkenaan perniagaan
Internet di blog-blog, forum, website dan sebagainya.

kita percaya dan yakin bahawa usahawan Internet berjaya yang ada
sekarang pasti meluangkan masa berjam-jam sehari di Internet untuk
membaca perkara-perkara berkaitan perniagaan Internet. Anda boleh
dapat banyak info tentang perniagaan Internet dengan menggunakan
search engine dan jika anda mendapat wang yang lebih, anda bolehlah
membeli ebook-ebook yang ditawarkan di Internet. Ringkasanya, jika
anda malas membaca maka ucapkanlah selamat tinggal kepada
perniagaan Internet.

2. Malas untuk membuat kajian.

Anda sendiri tahu bahawa setiap minit pasti akan muncul
usahawan-usahawan Internet baru yang mencuba nasib menjana
pendapatan di Internet. Ini merupakan satu perkembangan yang baik
kepada industri perniagaan Internet dan ekonomi negara. Namun, ini
merupakan satu petanda buruk kepada mereka yang baru hendak menapak
diri dalam perniagaan Internet. Kenapa?

Sudah pasti kerana persaingan yang sengit. Oleh itu, untuk
menjadikan anda seorang usahawan Internet yang berjaya ialah anda
perlu membuat kajian terhadap sesuatu perniagaan yang anda ingin
mulakan. Dengan kajian yang anda lakukan anda dapat mengurangkan
risiko untuk anda gagal dan tidak tergolong dalam 94% yang gagal.

kita tidak dapat bayangkan jika anda memulakan perniagaan Internet
tanpa membuat sebarang kajian kerana anda akan terdedah dengan
pelbagai kemungkinan yang akan menimpa perniagaan anda. Namun
jangan gusar kerana tidak semua perkara perlua dibuat kajian yang
terperinci. Cukuplah sekadar mengetahui sama ada produk yang anda
ingin jual itu ada permintaan ataupun tidak. Jika produk fizikal,
itu sudah memadai kerana setiap produk fizikal yang dihasilkan
dalam dunia ini sudah mempunyai permintaannya yang tersendiri.
Namun, jika anda abaikan terus aspek ini, anda pasti tersungkur di
persimpangan jalan untuk menjadi seorang usahawan Internet yang
berjaya.

3. Malas untuk mencari jawapan.

Anda pasti sudah lali dengan peribahasa "Malu bertanya sesat jalan"
dan inilah realitinya dalam dunia perniagaan Internet. Namun konsep
pertanyaan dalam perniagaan Internet lebih mudah kerana anda
mempunyai search engine, forum, blog dan sebagainya.

Anda boleh bertanya soalan kepada mereka yang pakar dan anda juga
boleh mencari jawapan sendiri dengan menggunakan search engine.
Saya pernah bercakap dengan seseorang yang berminat untuk memulakan
perniagaan Internet tetapi beliau tiada usaha langsung untuk
bertanya ataupun mencari jawapan. Selepas setahun berlalu saya
lihat dia masih lagi ditakuk lama kerana dia malas untuk mencari
jawapan terhadap sesuatu permasalahan.

Percayalah dengan menggunakan Internet segala persoalan anda pasti
akan terjawab. Cuma terpulang kepada diri dan sikap anda sendiri
sama ada ingin berjaya ataupun gagal dalam perniagaan Internet.

4. Takut untuk melabur.

Ya, lupakan hasrat anda untuk menjana wang di Internet jika anda
takut untuk melabur. Maksud saya di sini ialah anda takut untuk
mengeluarkan sedikit wang untuk pelaburan bagi perniagaan anda.
Saya sudah menjumpai ramai usahawan Internet yang berjaya dan satu
persamaan sikap yang terdapat pada mereka ialah mereka sanggup
untuk melabur bagi perniagaan mereka.

Mereka sanggup melabur sehingga mencecah puluhan ribu ringgit untuk
perniagaan mereka. Wah, mungkin ada yang mengatakan bahawa frasa
puluhan ribu ringgit ini tidak realistik untuk diungkapkan kepada
para newbie. Baiklah, contoh paling mudah ialah jika anda seorang
blogger(penulis blog) tentang dunia hiburan. Pelaburan yang perlu
anda lakukan untuk berjaya ialah:

* Membeli domain + hosting - Ini merupakan keperluan asas untuk
menjadi seorang peniagan internet yang berjaya.
* Membeli software atau programme yang berguna
* Membeli buku-buku panduan perniagaan internet

Dengan beberapa pelaburan tersebutlah anda boleh
menjadi seorang yang berjaya dalam menjana wang di Internet. Jika
tidak sanggup untuk melabur dengan alasan takut rugi, maka
lupakanlah sahaja hasrat anda untuk menajana pendapatan di
Internet.

5. Takut untuk mencuba.

Golongan yang takut mencuba merupakan golongan yang teramai saya
pernah jumpa setakat ini. Dia tahu tentang potensi perniagaan
Internet, dia tahu bagaimana untuk memulakan perniagaan Internet
dan banyak lagi perkara yang di tahu. Namun, cukupkah hanya sekadar
tahu? Adakah sekadar tahu anda boleh berjaya?

Tidak! Untuk berjaya anda perlukan tindakan! Cubalah apa jenis
perniagaan pun dalam dunia ini, tanpa sebarang tindakan anda tidak
akan mencapai sebarang kejayaan. Saya merayu kepada anda yang
tergolong dalam kumpulan ini agar terus bertindak dan jangalah
memberikan 1001 alasan untuk tidak bermula kerana anda juga yang
rugi. Anda juga yang tidak akan belajar apa-apa perkara baru dengan
hanya berdiam diri dan memerhati.

Jika anda terus berdegil untuk menjadi pemerhati, maka anda
bolehlah tutup kamus perniagaan Internet anda sekarang kerana anda
pasti gagal!
Perkongsian Yang Pahit Tetapi Itulah Hakikatnya

Itulah beberapa sebab yang akan membuatkan anda gagal dalam
perniagaan Internet.

2 comments

  1. adzrollz // August 12, 2009 at 6:33 PM  

    mmg setuju ngan bro...
    no pain no gain

  2. Радомир Эра // January 6, 2020 at 8:30 AM  

    Jika anda mempunyai masalah kewangan, maka sudah tiba masanya untuk anda tersenyum. Anda hanya perlu menghubungi Encik Benjamin dengan jumlah yang anda ingin pinjam dan tempoh pembayaran yang sesuai dengan anda dan anda akan mempunyai pinjaman anda dalam tempoh tiga hari bekerja. Saya hanya mendapat manfaat untuk keenam kali pinjaman sebanyak 700 ribu dolar untuk tempoh 180 bulan dengan kemungkinan membayar sebelum tarikh tamat tempoh. Encik Benjamin telah membantu saya dengan pinjaman.Membuat hubungan dengannya dan anda akan melihat bahawa dia adalah seorang yang sangat jujur dengan hati yang baik. E-melnya adalah lfdsloans@lemeridianfds.com dan nombor telefon WhatAppnya ialah + 1-989-394- 3740