SOAL JAWAB KESIHATAN SEKSUAL LELAKI

Posted by ownz | Saturday, July 11, 2009 | | 0 comments »

Apakah yang dimaksudkan dengan disfungsi erektil?

Disfungsi erektil (ED) adalah ketidakupayaan zakar mengekalkan atau
mengukuhkan tegangan sewaktu melakukan hubungan seks. Mati pucuk
juga ialah sejenis gangguan kesihatan seksual yang boleh dikaitkan
dengan permasalahan lain seperti lemah tenaga batin dan masalah
pengeluaran air mani.

Apakah punca berlakunya mati pucuk?

Masalah kesihatan yang menjejaskan aliran darah adalah punca lazim
masalah ED. Ada yang berpendapat kemerosotan fungsi ereksi adalah
biasa apabila usia seseorang itu meningkat. Sebenarnya, ada faktor
lain yang boleh menyumbang kepada permasalahan ini khususnya jika
beliau berpenyakit.

Apakah penyakit yang boleh menyumbang kepada terjadinya ED?

Ada beberapa jenis penyakit yang sudah dikenal pasti iaitu
diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung, paras kolesterol
yang tinggi dan prostatektomi (pembedahan pada zakar).

Diabetes menyebabkan seseorang lelaki mengalami ED pada usia yang
lebih muda berbanding lelaki lain. Mereka yang menjalani rawatan
diabetes berisiko lebih tinggi, iaitu tiga kali ganda bagi
mengalami masalah ereksi yang serius. Lebih kurang 35 hingga 50
peratus lelaki diabetes mengalami masalah ED.

Tekanan darah tinggi boleh menyebabkan saluran darah menjadi sempit
dan mengeras. Ini akan menjejaskan pengaliran darah ke zakar,
sekali gus kualiti ereksi. Penyakit jantung dan paras kolesterol
yang tinggi juga menjejaskan pengaliran darah ke zakar. Lelaki yang
dirawat untuk penyakit kardiovaskular berisiko empat kali ganda
lebih tinggi mendapat masalah mati pucuk berbanding lelaki lain.
Prostatektomi mencederakan saraf dan salur darah pada zakar lalu
menjejaskan kualiti ereksi.

Apakah yang dimaksudkan dengan gaya hidup tidak sihat dan bagaimana
ia menyumbang kepada terjadinya permasalahan mati pucuk?

Gaya hidup dikatakan tidak sihat apabila seseorang itu merokok,
mengambil alkohol secara berlebihan, kurang bersenam dan
mengamalkan diet tidak seimbang. Kesemua perkara di atas
meningkatkan risiko seseorang itu mengalami ED terutama apabila
usia semakin meningkat.

Faktor psikologikal juga boleh menyebabkan ED. Bagaimana?

Penumpuan kedua-dua minda dan tubuh adalah diperlukan sewaktu
melakukan aktiviti seksual. Gangguan psikologi seperti tekanan,
kemurungan, rasa bersalah, rendah diri, bimbang dan risau mengenai
prestasi seksual, boleh mengganggu penumpuan minda. Akibatnya,
rangsangan seksual yang diterima tidak dapat merangsang tubuh lalu
menjejaskan prestasi seksual, khususnya penegangan zakar.

Bagaimanakah seseorang boleh menangani masalah mati pucuk secara
semula jadi?

Pengubahsuaian gaya hidup dan tabiat pemakanan serta pengambilan
makanan tambahan yang sesuai boleh membantu mengatasi dan
memperbaiki masalah mati pucuk ini. Amalkan pengambilan makanan
seimbang. Bersenam secara kerap kerana senaman melancarkan aliran
darah. Pengambilan makanan tambahan yang khusus turut membantu
menangani masalah seksual. Herba seperti Horny Goat Weed (Epimedium
sagittatum), Gingko (Ginkgo biloba), Ginseng (Panax ginseng),
Puncture Vine (Tribulus terrestris), Muira Puama (Liriosma ovata),
Withania (Withania somnifera) dan Damiana (Turnera diffusa) sangat
digalakkan. Gabungan herba itu bertindak sebagai tonik seksual yang
mujarab bagi memperbaiki masalah seksual lelaki.

0 comments