TEKNIK MENGURUT ZAKAR

Posted by ownz | Saturday, July 11, 2009 | | 0 comments »

Amalan mengurut zakar memang terdapat dalam tradisi masyarakat
Melayu lama. Amalan ini dikatakan telah dibawa oleh pedagang Arab
ke Tanah Melayu. Telah tersebut dalam kitab Rawd-At-Tirr karangan
Sheikh Nefzawi seorang penasihat istana kerajaan Arab-Tunisia di
abad ke-17, berkenaan kaedah membesarkan saiz zakar melalui urut.

Nota : penderita sakit kencing manis [ diabetes ] pada tahap
kritikal tidak digalakkan untuk mengurut zakar.

1. Tujuan mengurut zakar

Terdapat beberapa pendekatan serta tujuan mengurut zakar :


* bagi mengubati tanda-tanda awal penyakit mati pucuk dan lemah
tenaga batin
* untuk mengatasi masalah pancutan awal atau ejakulasi pramatang
* tujuan membesarkan dan memanjangkan zakar. Menurut ilmu tabib
Cina, zakar boleh ditambah saiz sehingga 1 hingga 2 inci. Namun
rawatan urut Melayu dan kitab-kitab Arab mencatat bahawa saiz boleh
ditambah sehingga 4 inci. Malahan ahli Yoga India ada yang mampu
memanjangkan zakar sehingga 14-inci !
* bagi meningkatkan keampuhan dan keupayaan zakar - supaya
zakar menegak lebih tegar dan galak, condong ke atas dan timbul
urat-urat zakar serta kepala zakar kembang dengan garang seperti
singa apabila menghadapi isteri ketika perstubuhan
* mengurut zakar untuk meredakan gejolak nafsu - terutama
kepada lelaki bujang atau suami yang berjauhan dari isteri [ tanpa
menumpahkan air mani ] serta mengelak dari maksiat zina
* sebagai latihan untuk menghadapi situasi sebenar
persetubuhan. Urut zakar dengan latihan pernafasan tertentu boleh
membantu suami mengawal kepala zakar untuk mengembang dan menguncup
untuk kepuasan jimak pihak isteri. Sekaligus amalan urut ini
berfungsi membantu ketahanan suami dalam senggama dan jimak

2. Kaedah Mengurut zakar

Ada pelbagai kaedah mengurut zakar yang meliputi cara mengurut,
kawasan tubuh badan yang diurut, minyak atau alat yang digunakan
dan peraturan tempoh waktu amalan urut dilakukan, malahan ada yang
mengguna jampi serapah seperti dalam amalan dukun Melayu.

Berikut ini adalah koleksi kaedah urut zakar seperti yang diamalkan
oleh masyarakat tradisi Melayu-Arab yang diturunkan kepada anak
daripada bapa apabila anak lelaki mula mencapai umur baligh. Ianya
adalah Rahsia yang perlu diketahui oleh setiap lelaki yang
mengambil berat akan kesihatan fizikal zakarnya.

* Mengeraskan Zakar

Sebelum tidur ambil sedikit minyak urut dan gosokkan dengan laju
pada tapak tangan untuk memanaskannya apabila mengurut. Letakkan
sedikit minyak tersebut pada jari-jari tangan dan urut kelengkang
ia itu antara dubur ke telur zakar [ seakan-akan Istibra selepas
kencing ] . Tekan sedikit dan pastikan anda urut sehala saja, yakni
dari dubur mengarah ke telur zakar. Lakukan sebanyak 7 kali. Ada
juga amalan yang disertai dengan zikir-zikir tetentu, seperti
contohnya wafaq berikut:

Ya Qadim

Ya Daim

Ya Ahad

Ya Wahid

Ya Samad

Ya Allah - Ya Allah - Ya Allah

Ya Qahar - Ya Qahar - Ya Qahar

Lailaha il'aLlah hu Wahidul Qahar

Kesan dari amalan ini akan dapat dilihat pada malam itu juga, di
mana zakar akan menegang dengan galak sekitar 3 pagi sehingga waktu
solat subuh. Amalkan ia kalau boleh pada setiap malam sebelum anda
tidur terutama ketika cuaca sejuk supaya ligament dan urat-urat
zakar berada pada tahap kecergasan yang terbaik.

* Urut untuk Memecahkan Lemak & Angin pada batang Zakar

Semasa bangun dari tidur, selatkan pangkal batang zakar [ kawasan
yang berhampiran dengan bumi zakar ] menggunakan jari telunjuk dan
jari tengah tangan kanan atau tangan kiri. Hujung jari-jari itu
menekan ke bumi zakar sambil mengurut-urutnya ke atas dan ke bawa.
Lakukan selama kira-kira 2 minit atau hitungan 99-kali. Lakukan
pada setiap pagi kerana amalan ini akan memecahkan lemak dan angin
dari berkumpul pada pangkal zakar. Ianya juga dapat mengelakkan
dari berlakunya tersimpul urat buah zakar apabila usia meningkat tua.

* Menahan Mani

Menurut kitab Tajul Muluk dan Rawd-at-Tirr, mengurut menggunakan
minyak urut yang khas boleh membantu lelaki bertahan lebih lama
ketika bersetubuh. Caranya ialah dengan mengurut sehala dari
pangkal zakar menghala ke hujung zakar, berulang-ulang kali.
Tempatkan ibu jari di bahagian atas batang zakar, jari tenga di
bahagian bawahnya. Lakukan urutan selama 2 minit atau 99-kali
hitungan. Latihan ini boleh dilakukan pada bila-bila waktu lapang,
kecuali pada waktu Zohor dan Maghrib.

* Urut Memanjangkan Zakar

Kebanyakan lelaki merasakan zakar mereka tidak menepati saiz yang
sepatutnya. Purata zakar normal lelaki dewasa Malaysia ialah
sekitar 4 inci hingga 6 inci, namun perlu diingatkan bahawa
kebanyakan lelaki tidak mencapai saiz zakar yang optima. Maka atas
sebab ini kaedah mengurut boleh meningkatkan zakar ke tahap yang
lebih besar dan panjang. Dalam satu kajiselidik di Amerika,
majoriti wanita di negara tersebut menginginkan lelaki yang
mempunyai zakar sekitar 7 inci dengan ukur keliling yang tebal.
Alasan yang diberikan mereka ialah untuk dapat merasakan zakar
penuh atau sendat di dalam vagina dan supaya kepala zakar dapat
menyentuh mulut rahim [ cervix atau Batu Meriyan dalam istilah
perbidanan Melayu ]

1. Mengurut zakar untuk memanjangkannya elok dilakukan pada awal
pagi. Sapukan sedikit minyak urut pada tapak tangan dan gosok
dengan laju untuk memanaskannya.
2. Tarik nafas dalam-dalam. Kemutkan dubur, genggam pangkal
batang zakar dengan tangan kanan menggunakan ibu jari dan jari
telunjuk.
3. Lurutkan batang zakar itu membawa tangan ke hujung zakar tapi
hendaklah anda berhenti bila sampai ke takuk zakar. Dengan cara
ini, anda menghantar lebih banyak darah ke dalam kepala zakar dan
dikunci tenagannya oleh cengkaman tangan tadi. Tahan nafas selama 7
kiraan sambil mengekalkan cengkaman itu. Kemudian lepaskan.
4. Lenturkan batang zakar ke arah paha kanan dubur. Kemudian
lepaskan lenturan itu. Lakukan sebnyak 21 kali.
5. Lenturkan batang zakar ke arah paha kiri dubur. Kemudian
lepaskan lenturan itu. Lakukan sebanyak 21 kali.
6. Pegang kepala zakar, pusingkan zakar mengikut jarum jam
sebanyak 21 pusingan. Kemudian lakukan yang sama pada arah
berlawanan jarum jam.

Saksikan perbezaan pada zakar anda pada hari-hari ke 7, ke-14 dan
pada hari ke-21 dan hari ke-40. Sebaik-baiknya anda mengukur zakar
terlebih dahulu sebelum memulakan latihan ini.

Mengurut Zakar Melalui Persetubuhan

Zakar adalah anggota tubuh yang sukar dikawal oleh minda. Adalah
sukar bagi lelaki normal untuk memerintahkan zakarnya menegang
mengikut sesuka hati. Ereksi atau ketegangan zakar antara lain
digerakkan oleh deria penglihatan, sentuhan dan bau yang menghantar
mesej ke otak untuk merembes hormon jantan dan seterusnya menggera
zakar untuk tegak kerana terangsang atau berahi apabila bersama
perempuan.

Oleh kerana saiz, tahap kekerasan dan bentuk zakar merupakan
faktor-faktor bagi memudahkan isteri mencapai klimaks dan inzal,
maka disebutkan bahawa teknik mengurut zakar pada liang faraj
isteri adalah satu latihan yang perlu dipelajari oleh suami.

Salah satu cara bagi memuaskan isteri ialah dengan membuat faraj
isteri dapat merasakan zakar mengurut dan mengusap keseluruhan
liang faraj atau vagina dalam setiap dayungan. Ini akan hanya dapat
dilakukan apabila suami dapat mengawal kepala zakarnya agar boleh
kembang dan kuncup apabila dikehendaki. Tekniknya ialah seperti
berikut :

* dayungan masuk - kuncupkan kepala zakar apabila menusuk ke
dalam faraj
* dayungan keluar - kembangkan kepala zakar apabila menarik
zakar dari faraj

Melalui cara yang disebutkan tadi, isteri akan merasa seluruh
urat-urat di dalam farajnya dibelai dan diusap oleh zakar, dan ini
akan memberi nikmat dan kelazatan seks yang tidak terhingga pada
isteri.

Cara melatih zakar untuk responsif kembang-kuncup ialah melalui
urutan dan perlu disertai dengan kaedah pernafasan tertentu. Ketika
bangun pagi, semasa zakar masih tegang, ambil sedikit Minyak Pacak
Istana dan gosokkan pada tapak tangan supaya panas. Tuam tapak
tangan pada bahagian pinggang dan urut dari hala atas ke bawah
...... [ bersambung ]

CATATAN ISTILAH


Istibra' (Membersihkan sisa-sisa air kencing di dalam zakar)

Istibra' dilakukan dengan cara:

* Mengusap dengan kuat antara lubang dubur dan zakar sebanyak
tiga kali . Usapan hendaklah dilakukan sehala saja dari arah dubur
ke telur zakar.
* Meletakkan telunjuk di bawah batang zakar dan ibu jari di
atas batang zakar dan lalu mengusapkannya dengan tekanan hingga
ujung zakar sebanyak tiga kali
* Menekan ujung zakar [kepala zakar] tiga kali. Dilakukan
seperti memerah kepala zakar, untuk mengeluarkan sisa-sia air
kencing.

Jika setelah istibra' keluar cairan yang meragukan apakah air
kencing atau bukan maka dianggap suci dan tidak membatalkan wudhu
tetapi jika tidak istibra', maka dihukumi najis dan membatalkan
wudhu'. Antara manfaat amalan Istibra' ialah mencegah masalah
Prostate dan masalah radang jangkitan pada saluran kencing.

0 comments