EJAKULASI PRAMATANG

Posted by ownz | Saturday, July 11, 2009 | | 0 comments »

EJAKULASI pramatang lebih popular diungkapkan sebagai PE (Premature
Ejaculation) sahaja. Tidak seperti ED yang lebih banyak ditemui di
kalangan veteran. PE merupakan aduan disfungsi seksual paling utama
terutamanya di kalangan lelaki muda berusia 40 tahun ke bawah.

Malah, lebih ramai lelaki berpelajaran tinggi yang menghidapinya.
Lebih menyedihkan, ia turut menjejaskan potensi pasangan untuk
mendapat zuriat.

Mari kita lihat apa masalah sebenarnya dengan gangguan kesihatan
lelaki yang satu ini.

"SUAMI saya mempunyai banyak persamaan dengan superman...
kedua-duanya begitu cepat. Malah, ia selalunya berlaku sebelum pun
sempat saya memasuki bilik tidur".

"KADANGKALA, dengan hanya mencakar belakang saya, dia sudah
mencapai klimaksnya. Ada ketikanya saya merasakan seperti bank
sperma sahaja, dia buat deposit dan pergi begitu sahaja".

"PERNAH tengok arnab berlari? Mula dan Tamat! Macam tulah".

"SAYA pernah menyuarakan untuk menemaninya berjumpa doktor, ada
sesuatu yang boleh dilakukan berkenaan dengannya. Tetapi dia enggan
dan hanya tahu meminta maaf serta mengulangi janjinya untuk
berusaha lebih di lain masa", begitulah lebih kurang kehampaan
seorang isteri yang mana suaminya bermasalah PE.

Walaupun sesetengah orang menganggap hubungan kelamin bukanlah
elemen terpenting dalam menjamin sesebuah perkahwinan tetapi
hakikatnya, ia tetap PENTING!!!

Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan oleh sebuah badan bebas ke
atas wanita di negara-negara membangun dan beberapa negara maju di
seluruh dunia, statistik mendedahkan bahawa:


# Hanya 30% (sebelumya 42%) responden wanita yang dapat mencapai
kepuasan berasmara ketika melakukan hubungan kelamin.

# Jangkamasa purata untuk mencapai kepuasan berasmara : Sekitar 20
minit (sedangkan ramai lelaki yang mencapai puncak klimaks dalam
masa tidak sampai 5 minit!!!)

0 comments