SUAMI MUDAH KECUNDANG

Posted by ownz | Saturday, July 11, 2009 | | 0 comments »

Soalan:
SAYA ibu kepada tiga orang cahaya mata. Selepas tiga tahun
menjanda, saya berkenalan dengan seorang pemuda yang muda enam
tahun daripada saya. Kami sudah berkahwin hampir 10 bulan.

Masalah saya, suami semakin lemah dalam melayani keperluan seks
saya. Ketika baru bernikah, dia dapat memuaskan segala tuntutan
batin saya, hinggakan ada ketika kami boleh 'belayar' lebih enam
kali sehari.


Keinginan seks saya memang tinggi serta lambat mencapai klimaks.
Sekarang suami tidak dapat memenuhi keinginan saya seperti dulu.

Adakah suami saya akan menjadi lemah syahwat apabila kerap
melakukan seks? Keinginan seksnya juga tinggi, tetapi dia tidak
mampu bertahan lebih lama.

Sejak bernikah dengannya juga, saya mengamalkan pil perancang.
Adakah itu akan menyukarkan saya mendapatkan zuriat jika
mengambilnya dalam jangka masa panjang?

Memandangkan usia saya semakin meningkat dan suami masih muda, saya
bimbang jika pengambilan pil perancang itu menyebabkan kami gagal
mendapatkan zuriat.


LIZA


Jawapan:
Tahniah kerana anda dapat membuka pintu hati kepada lelaki selepas
tiga tahun menjanda.

Memandangkan suami anda mampu mencapai ereksi dan dapat melakukan
hubungan seksual, bererti dia tidak mengalami masalah seksual,
kecuali kemampuan seksualnya tidak setaraf dengan anda.

Mungkin anda perlu mengawal kekuatan nafsu seksual mengikut
kemampuan syahwat suami.

Dalam masa sama, anda boleh membantunya membina semangat dan
kekuatan seksual iaitu melalui penjagaan pemakanan, amalkan gaya
hidup sihat dan elakkan tabiat merokok yang boleh menekan kualiti
ereksi.

Anda juga boleh menggalakkan suami melakukan aktiviti seksual
alternatif kepada anda bagi rangsangan seksual seperti seks oral
dan penggunaan peralatan seks atau 'sex aids'.

Kini, alat berkenaan boleh dibeli melalui Internet.

Meminta pasangan melakukan hubungan seks di luar kemampuan
seolah-olah melakukan penderaan seks.

Jika anda sayangkan suami, anda perlu kawal kehendak seksual
mengikut selera suami.

Ketika berintiman dengan suami, galakkan suami anda secara manja
dan bukan dengan paksaan atau dalam keadaan marah.

Jika suami tertekan, dia akan hilang kawalan ejakulasi dan tidak
dapat bertahan lama. Lama kelamaan, suami akan mengelak melakukan
seks bersama anda nanti.

Mengenai merancang keluarga dengan pengambilan pil perancang,
kaedah ini selamat dan tidak mengganggu kesuburan.

Anda perlu sedar, apabila anda lebih berumur daripada suami,
kesuburan anda boleh menurun berbanding pasangan.

Jadi jika anda dan pasangan berhajat mendapatkan cahaya mata,
jangan tunggu lagi. Semakin berumur, lagi sukar seseorang wanita
hamil.

0 comments