SOALAN
SAYA berumur 26 tahun dan baru mendirikan rumah tangga. Saya
menghadapi masalah ketika ingin melakukan hubungan kelamin bersama
isteri. Ketika bercumbu-cumbu zakar masih menegang, tetapi apabila
bersedia untuk masuk ke lubang faraj, ia tiba-tiba layu dan tidak
lagi tegang. Saya tidak pasti masalahnya.
IZZUDIN
Terengganu
JAWAPAN
Dalam keadaan biasa, apabila ereksi berlaku, darah masuk ke dalam
liang otot zakar dan membuatkan ia mengembang dan padat. Di samping
itu, pembuluh darah ven mencengkam dan darah dalam otot zakar
terkunci dalam liang otot, membuatkan zakar tegang dan sesuai untuk
disalurkan ke dalam faraj.
Jarang kemasukan darah dalam liang otot zakar terganggu iaitu darah
tidak masuk dengan banyak kerana saluran darah mula mencerut akibat
tindak balas 'adrenalin' yang biasa keluar ketika lelaki mengalami
perasaan teruja atau gementar.
Apabila ini berlaku, darah dalam otot zakar kurang dan zakar tidak
padat dan darah dalam liang otot tidak 'terperangkap' dalam otot,
tidak kekal dalam otot untuk memberi ketegangan yang padat,
sebaliknya darah keluar dari liang otot zakar dan dalam sekelip
mata ereksi menjadi kendur sebelum sempat disalurkan ke dalam faraj.
Kadangkala pergerakan badan, kemutan dan debaran membantutkan
proses ereksi dan ereksi tidak berlaku atau jika berlaku, ia akan
kendur. Keadaan ini dikenali sebagai 'pelvic steal reflex'. Ada
juga situasi darah dalam otot tidak kekal.
Ia keluar dari otot melalui pembuluh darah ven sedikit demi sedikit
dan ini membuat ereksi yang satu ketika padat, menjadi kurang padat
dan gagal lakukan penembusan.
Situasi ini dikenali sebagai 'venous leak' atau keciciran darah
daripada otot zakar. Daripada situasi yang saya huraikan tadi, cara
mengekalkan ereksi supaya tidak kendur ialah jangan resah atau
gelisah ketika hendak bersama isteri.
Tumpukan kepada perasaan ghairah dan lakukan penembusan apabila
ereksi padat. Jangan tunggu lama dan kawal gerakan badan sambil
mengekalkan ereksi cara mengemut. Untuk masalah darah tercicir dari
liang otot, saya syor guna cincin penambat pangkal zakar daripada
getah asli.
Jika anda nak ereksi dalam keadaan mantap dan sentiasa bersedia,
guna krim perapi zakar yang ada dalam pasaran. Sapukan sedikit krim
pada penghujung zakar dan lakukan urutan lembut supaya krim itu
serap ke dalam kulit. Lakukannya setiap pagi selepas mandi. Jika
masalah itu masih ada, elok jumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan.
SOAL JAWAB KESIHATAN SEKSUAL LELAKI
Posted by ownz | Saturday, July 11, 2009 | Kesihatan | 0 comments »Apakah yang dimaksudkan dengan disfungsi erektil?
Disfungsi erektil (ED) adalah ketidakupayaan zakar mengekalkan atau
mengukuhkan tegangan sewaktu melakukan hubungan seks. Mati pucuk
juga ialah sejenis gangguan kesihatan seksual yang boleh dikaitkan
dengan permasalahan lain seperti lemah tenaga batin dan masalah
pengeluaran air mani.
Apakah punca berlakunya mati pucuk?
Masalah kesihatan yang menjejaskan aliran darah adalah punca lazim
masalah ED. Ada yang berpendapat kemerosotan fungsi ereksi adalah
biasa apabila usia seseorang itu meningkat. Sebenarnya, ada faktor
lain yang boleh menyumbang kepada permasalahan ini khususnya jika
beliau berpenyakit.
Apakah penyakit yang boleh menyumbang kepada terjadinya ED?
Ada beberapa jenis penyakit yang sudah dikenal pasti iaitu
diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung, paras kolesterol
yang tinggi dan prostatektomi (pembedahan pada zakar).
Diabetes menyebabkan seseorang lelaki mengalami ED pada usia yang
lebih muda berbanding lelaki lain. Mereka yang menjalani rawatan
diabetes berisiko lebih tinggi, iaitu tiga kali ganda bagi
mengalami masalah ereksi yang serius. Lebih kurang 35 hingga 50
peratus lelaki diabetes mengalami masalah ED.
Tekanan darah tinggi boleh menyebabkan saluran darah menjadi sempit
dan mengeras. Ini akan menjejaskan pengaliran darah ke zakar,
sekali gus kualiti ereksi. Penyakit jantung dan paras kolesterol
yang tinggi juga menjejaskan pengaliran darah ke zakar. Lelaki yang
dirawat untuk penyakit kardiovaskular berisiko empat kali ganda
lebih tinggi mendapat masalah mati pucuk berbanding lelaki lain.
Prostatektomi mencederakan saraf dan salur darah pada zakar lalu
menjejaskan kualiti ereksi.
Apakah yang dimaksudkan dengan gaya hidup tidak sihat dan bagaimana
ia menyumbang kepada terjadinya permasalahan mati pucuk?
Gaya hidup dikatakan tidak sihat apabila seseorang itu merokok,
mengambil alkohol secara berlebihan, kurang bersenam dan
mengamalkan diet tidak seimbang. Kesemua perkara di atas
meningkatkan risiko seseorang itu mengalami ED terutama apabila
usia semakin meningkat.
Faktor psikologikal juga boleh menyebabkan ED. Bagaimana?
Penumpuan kedua-dua minda dan tubuh adalah diperlukan sewaktu
melakukan aktiviti seksual. Gangguan psikologi seperti tekanan,
kemurungan, rasa bersalah, rendah diri, bimbang dan risau mengenai
prestasi seksual, boleh mengganggu penumpuan minda. Akibatnya,
rangsangan seksual yang diterima tidak dapat merangsang tubuh lalu
menjejaskan prestasi seksual, khususnya penegangan zakar.
Bagaimanakah seseorang boleh menangani masalah mati pucuk secara
semula jadi?
Pengubahsuaian gaya hidup dan tabiat pemakanan serta pengambilan
makanan tambahan yang sesuai boleh membantu mengatasi dan
memperbaiki masalah mati pucuk ini. Amalkan pengambilan makanan
seimbang. Bersenam secara kerap kerana senaman melancarkan aliran
darah. Pengambilan makanan tambahan yang khusus turut membantu
menangani masalah seksual. Herba seperti Horny Goat Weed (Epimedium
sagittatum), Gingko (Ginkgo biloba), Ginseng (Panax ginseng),
Puncture Vine (Tribulus terrestris), Muira Puama (Liriosma ovata),
Withania (Withania somnifera) dan Damiana (Turnera diffusa) sangat
digalakkan. Gabungan herba itu bertindak sebagai tonik seksual yang
mujarab bagi memperbaiki masalah seksual lelaki.
HUBUNGAN seks antara suami isteri merupakan rahsia yang tidak perlu
deketahui oleh orang lain. Ia terlalu peribadi untuk dikongsi oleh
orang lain selain pasangan masing-masing. Namun ia mungkin
diketahui oleh orang lain jika tidak ada kejujuran di dalam diri
masing-masing.
Adakah itu akan terjadi akibat pengaruh kelalaian wanita didalam
menaikkan ghairah seks pasangannya? Berikut ialah antara punca
suami tidak memiliki ghairah seks.
1) SEOLAH-OLAH TIDAK SUKA SEKS
Wanita perlu satu kesedaran untuk berubah, jangan berbicara tentang
seks dengan nada yang menghina sehingga menyebabkan suami rasa
hilang minat.
* Tidak berani menunjukkan ekspresi diri atau berkelakuan seperti
malu-malu kucing ketika melakukan hubungan seks.
2) TIDAK PERNAH KAWAL SEKS
Pastikan dan biar suami anda tahu anda menginginkan hubungan seks
itu. Jangan sembunyikan perasaan didalam hati anda. Tidak salah
jika anda yang mengambil inisiatif memulakannya dahulu.
3) TIDAK MENJAGA PENAMPILAN
Golongan wanita harus tahu bahawa lelaki lebih memandang kepada
luaran jika dibandingkan dengan wanita. Lelaki sangat mudah
terangsang, hanya melalui penampilan. Sebab itu lelaki mudah
terperangkap secara fizikal.
4) TERLALU MENGHARAP
Sebenarnya lelaki tidak suka jika wanita terlalu bergantung harap
kepadanya bagi memenuhi segala keperluan lebih-lebih lagi mengenai
seks. Keadaan bertambah buruk jika wanita itu merengek-rengek
seperti seorang yang tidak matang. Kesimpulannya, isteri harus
yakin dan tahu menempatkan seks pada tahap yang sebenarnya didalam
hubungan anda sebagai suami isteri. Jangan harapkan suami tahu apa
yang anda inginkan, tetapi wujudkanlah sikap saling terbuka
terutama mengenai kepuasan seks yang anda perolehi bersama.
TINGKATKAN KUALITI HUBUNGAN SEKS SUAMI ISTERI
Posted by ownz | Saturday, July 11, 2009 | 18SX | 0 comments »Bagaimanapun kebanyakan pasangan suami isteri tatkala ini khususnya
yang masih muda merasakan begitu sukar untuk melakukannya. Tuntutan
kerja sedari pagi hingga petang, urusan rumah tangga yang tak
pernah sudah dan juga tanggungjawab terhadap anak-anak membuatkan
baik suami mahupun isteri payah meluangkan masa melakukan aktiviti
bersama.
Kalau adapun niat untuk melakukannya, urusan anak sering kali
menghalang hasrat tersebut. Ya lah kalau si ayah dan ibu keluar
berdua siapa pula yang mahu menjaga anak-anak. Inilah yang selalu
bermain dalam fikiran suami mahupun isteri.
* Dalam pada itu ada juga suami ataupun isteri yang
menganggapkan kegiatan bersama ini adalah sesuatu yang remeh-temeh.
la hanya layak dilakukan di awal-awal perkahwinan saja. Bila usia
perkahwinan sudah meningkat ia terus dilupakan dengan alasan 'tiada
masa'. Pasangan suami isteri ini sebenarnya tidak mengetahui akan
kepentingan meluangkan masa antara satu sama lain, la bukan satu
proses untuk lebih mengenali pasangan masing-masing malah turut
menambah unsur kasih sayang.
Selain itu aktiviti yang dilakukan berdua dengan pasangan mampu
membangkitkan rasa kedekatan atau keintiman. Lebih penting, ahli
terapi seksual, menegaskan kegiatan yang dilakukan berduaan akan
mampu meningkatkan kualiti seks suami isteri.
* Kata mereka, dengan melakukan kegiatan berdua, satu perasaan
dekat dan keintiman yang lebih akan muncul dalam diri baik suami
mahupun isteri. Perkara ini seterusnya akan memberi kesan terhadap
kehidupan seksual mereka.
Aktiviti seks yang dilakukan selepas suami isteri menghabiskan masa
bersama dipercayai lebih mesra, asyik dan bahagia. Oleh itu semakin
kerap suami isteri melakukan aktiviti bersama maka makin teballah
perasaan dekat dan intim yang dirasakan dan makin berkualitilah
perhubungan seksual mereka.
* Pelbagai aktiviti bersama
Ada banyak aktiviti berdua yang boleh dilakukan oleh pasangan suami
isteri untuk meningkatkan keintiman. Antara yang boleh dilakukan
adalah keluar bersama membeli hadiah untuk pasangan, memasak atau
membuat kuih bersama, menonton wayang, berjoging atau bersenam
mahupun sekadar bersantai di tepian pantai.
Selain itu, pasangan juga boleh memilih untuk melakukan kerja
sosial bersama seperti membantu di rumah kebajikan, rumah
kanak-kanak cacat mahupun fakir miskin selepas habis waktu bekerja.
* Anda juga boleh melakukan acara belajar bersama, misalnya
belajar bahasa Inggeris mahupun bahasa asing. la bukan saja dapat
membantu meluaskan kemahiran berbahasa tapi yang paling penting
suami isteri akan berasa lebih dekat antara satu sama lain.
Begitu juga bila suami isteri bersama-sama mendalami hal agama.
Kegiatan keagamaan ini bukan saja menambah ilmu agama dan
kerohanian tapi mampu menjernihkan fikiran suami isteri. la juga
akan menjadi landasan untuk keduanya membentuk sebuah keluarga yang
harmoni.
* Kembali berghairah
Di samping meningkatkan kualiti perhubungan seks suami isteri,
aktiviti bersama dikatakan boleh membantu menyelesaikan masalah
ghairah seks menurun. Perkara ini disarankan oleh pakar psikologi
dan penulis buku Couple Power Therapy, Phyllis Kock Sheras.
Beliau menyarankan agar suami isteri yang mengalami masalah ini
secara teratur menyisihkan masa mereka yang sibuk itu untuk bersama
setiap hari. Sebagai contoh katanya jadualkan waktu makan bersama
sama ada di sebelah malam mahupun ketika makan tengah hari.
* Amat penting katanya bagi pasangan suami isteri meluangkan
masa berdua bagi memastikan perhubungan sentiasa harmonis. Inilah
yang akan memastikan kelangsungan ghairah suami dan isteri.
Nasihatnya lagi jangan pernah menganggap remeh urusan ini,
sekiranya di rumah agak sukar untuk bersama kerana gangguan
sekeliling, keluarlah. Luangkan masa untuk berdua seperti waktu
bercinta dulu.
12 CARA MEMBAHAGIAKAN SUAMI DALAM HUBUNGAN INTIM
Posted by ownz | Saturday, July 11, 2009 | 18SX | 1 comments »Anda memang sudah "pakar" dalam hal bercinta. Namun apakah anda
sudah 100% pasti apa yg anda lakukan itu cukup memuaskan hati suami
anda? Anda perlu ingat ketika "bercinta", suami isteri haruslah
mampu memberikan kepuasa kpd pasangannya. Jika anda merasakan
bahawa anda masih belum mampu "memuaskan"suami sepenuhnya, 12 tips
yg dipaparkan ini mungkin mampu membantu anda.
1) Berani berinisiatif
Selalunya terjadi ketika hendak mengadakan hubungan seksual
inisiatif selalunya dtg dpd pihak suami. Sedangkan isteri hanya
menunggu. Ini kerana kebanyakan isteri berasa malu (tapi mahu )
untuk mengambil inisiatif walaupun mereka teringin utk melakukannya.
Sepatutnya dlm kehidupan seks suami isteri tidak boleh ada istilah
malu. Isteri harus berani mengambil inisiatif sebab begini akan
membuat suami gembira. Dan secara psikologi dapat mempengaruhi
suami dalam bercinta.
2) Menghias Diri
Apabila ingin bercinta, isteri sepatutnya menghias diri. Jgn
sesekali tampil ala kadar jer. Penampilan yg baik akan menambah
semangat suami dlm bercinta. Sebab itu, sebelum bercinta, mandilah
terlebih dahulu, pakailah pakaian yg bersih dan menarik. Juga
sembur sedikit bau-bauan agar anda berbau harum.
3) Rapikan Kamar Tidur
Sebelum bercinta, rapikan tempat tidur. Bersihkan tempat tidur anda
dari kain dan pakaian yg tidak berguna. Jika cadar dan sarung
bantal kotor, gantikan dgn yg baru dan bersih. Jgn lupa untuk
menyembur sedikit wangian agar ruang tidur terasa nyaman dan wangi.
Tpt tidur yg rapi dan wangi secara psikologi akan dapat menambah
semangat suami utk bercinta dgn anda.
4) Bersifat Aktif
Cumbuan adalah bumbu percintaan. Ia tidak boleh dipandang remeh
kerana ianya sama penting dgn hubungan intim itu sendiri. Dan
samada suami atau siteri, kedua-duanya dituntut utk aktif..
Sayangnya, dlm perkara ini yg aktif selalunya suami. Isteri sering
bersifat pasif dan menyerah. Agar suami cukup berghairah, isteri
perlu bersikap aktif melakukan ransangan di tempat-tempat sensitif.
5) Penuhi Kehendaknya
Dlm bercinta isteri sering menolak untuk melayani permintaan suami.
Ini sering menimbulakan rasa jengkel dan marah si suami. Sebenarnya
tiada alasan mengapa isteri perlu menolak keinginan suami, kecuali
dia ingin anda melukukan diluar tabii. Apabila apa yg diinginkan
suami itu dipenuhi isteri, maka suami akan berasa gembira dan puas.
Dan perasaan sayang akan semakin kuat.
6) Tidak Statik
Sering terjadi, isteri hanya mahu melayan suami dalam satu gaya
sahaja. Hal ini boleh menyebabkan suami merasa bosan. Untuk
menghindari kebosanan suami, layanilah suami dgn berbagai gaya.
7) Bersikap Sopan
Ketika bercinta, isteri jgn sesekali bersikap kasar. Sentiasalah
mengamalkan sikap yg sopan. Sikap sedemikian secara psikologi
mempengaruhi semangat suami utk bercinta.
Tidak Mengungkit Kelemahannya
Dalam bercinta jgn sesekali mengungkit kelemahan suami, misalnya
mengungkit tentang ukuran penisnya yg agak kecil atau pendek.
Ungkitan seperti ini boleh menurunkan ghairah suami.
9) Tidak Mengeluh
Jgn terlalu byk mengeluh kerana itu hanya akan menyebabkan semangat
suami untuk bercinta menurun.
10)Jangan Banyak Berbual
Anda mungkin seorang yg suka berbual. tetapi perkara ini jgn
diamalkan ketika anda dan suami anda sedang bercinta. Sebab hal ini
akan menyebabkan tumpuan suami dlm menikmati percintaan.
11) Bersifat Terbuka
Bersifat terbuka dan jujur adalah satu kemstian dlm bercinta,
katalah isteri tidak suka apa yg dilakukan oleh suami, jgn sesekali
berdiam diri sahaja. Sebaiknya berterus terang dan memberitahu apa
yg seharusnya dilakukan oleh suami. Sikap yg begini akan menambah
semangat suami dlm bercinta.
12) Beri Pujian
Setelah selesai bercinta, jgn lupa utk memberikan pujian atas
kehebatan suami. Dgn pujian suami akan berasa bangga. Tetapi kalau
suami kurang hebat jgn dicela. Dgn cara yg baik beritahu tentang
kekurangannya dan kalau boleh beri cadangan untuk mengatasinya.
Semua ini akan membuat suami tampil lebih baik lagi di masa akan
datang.
1) Tarik perhatian suami dengan melakukan teknik yang berbeza dan
mendebarkan. Contoh : Membuka pakaian secara perlahan-lahan,
bermula dengan butang paling atas dengan aksi yang menghairahkan.
2) Cuba rapatkan dada anda ke dada suami dan dakaplah suami anda
dengan dakapan penuh nafsu.
3) Mainkan rambut anda ditubuhnya. Belaian rambut anda mungkin
dapat membangkit ghairah suami. Jangan lupa belai juga rambut, misi
atau bulu dada suami anda jika ada.
4) Buat gigitan manja di leher atau bahagian lain tubuh. Gigitan
ini boleh merangsang keinginan suami. Selain itu, suami akan ingat
anda apabila melihat bekas gigitan itu.
5) Isteri juga boleh meninggalkan pakaian dalam di tempat tidur
kerana suami sering ghairah apabila melihat benda-benda itu.
6) Tatap mata suami dengan pandangan yang mempesonakan.
7) Usap bahagian tubuh suami anda dengan usapan manja dan mesra
dengan menggunakan hujung jari, dari dahi hingga ke belakang leher.
8 ) Hembus nafas anda ke telinga suami kerana hembusan boleh
merangsang suami dan membuat dia tidak sabar mendakap anda.
9) Elak menyentuh kelemahan tubuh suami. Tumpukan pada bahagian
lain seperti dada, puting atau lengannya yang sasa.
10) Sesekali pakailah pakaian dalam yang jarang dan menampakkan
tubuh anda yang seksi atau memakai pakaian yang singkat dan
menggiurkan.
11) Selepas mandi atau sebelum mengadakan hubungan seksual, pakai
pakaian di hadapan suami. Ada lelaki yang suka melihat isteri
memakai pakaian, bermula daripada pakaian dalam, coli dan
bahagian-bahagian lain.
12) Jangan lupa, ketika hubungan seksual, selain dari alunan lagu
yang syahdu atau klasik, haruman ditubuh juga boleh membangkitkan
ghairah suami. Cuba menggunakan minyak wangi yang boleh
menyeronokkan suami.
13) Usah terburu-buru dalam hubungan seksual. Ambil masa dan
nikmatilah sepuas-puasnya.
14) Jika ingin lebih agresif. Tarik suami ke katil dan bertindak
dahulu bagi memberikan suami suatu kejutan yang berbeza.
Soalan:
SAYA jejaka berusia 28 tahun dan akan mendirikan rumah tangga
dengan gadis pilihan akhir bulan ini. Perasaan saya bercampur baur
antara gembira, risau dan bimbang dengan apa yang akan dilalui.
Selama ini, saya tidak pernah membincangkan soal kelakian dengan
rakan-rakan, jauh sekali dengan bapa kerana sifat saya yang pemalu.
Soalan saya, bagaimana saya hendak menempuh malam pertama? Apakah
persiapan yang perlu saya lakukan? Bagaimana mahu memastikan malam
pertama itu menggembirakan, bukan sesuatu yang menyakitkan atau
semata-mata dipengaruhi gelojak nafsu? Apakah amalan-amalan yang
patut saya lakukan dalam menempuh kehidupan berkelamin? Bagaimana
dengan amalan urut dan tonik lelaki sihat? Apakah ia perlu dalam
menjamin malam pertama yang hebat?
Untuk makluman doktor, saya berbadan sihat, cukup ciri fizikal dan
selama ini berjaya mengawal nafsu seks dengan baik sama seperti
lelaki lain.
J K Fad
Subang Jaya, Selangor.
Jawapan:
TERLEBIH dulu saya ingin mengucapkan tahniah kerana saudara akan
menempuh alam perkahwinan tidak lama lagi. Malam pertama adalah
detik yang dinantikan penuh debaran oleh semua pasangan yang
menempuh gerbang perkahwinan. Semestinya, semua pasangan inginkan
malam pertama yang menggembirakan, hebat dan penuh kenangan.
Bagi menempuhi malam pertama, persiapan dari segi fizikal dan
mental perlu dilakukan. Dari segi fizikal, saudara perlu pastikan
saudara tidak mempunyai bau tidak menyenangkan, sama ada bau badan
atau bau mulut. Pastikan badan saudara dalam keadaan bersih
terutama sekali bahagian kemaluan. Sekiranya ada masalah kulit atau
jangkitan di kawasan itu, pastikan ia dirawat terlebih dulu.
Bulu di kawasan ari-ari perlu dinipiskan supaya kemas dan tidak
menimbulkan bau. Malam pertama tidak semestinya berakhir dengan
penetrasi dan seks yang hebat. Saudara perlu ingat inilah kali
pertama saudara melakukan hubungan seks dengan isteri dan sudah
semestinya ada kekurangan jika dibandingkan dengan pasangan yang
sudah lama berumahtangga.
Ini ditambah lagi dengan faktor tekanan dan keletihan selepas
seharian melayan tetamu .Oleh sebab itu, pada malam pertama saudara
disaran usah meletak harapan tinggi supaya tidak kecewa. Mulakan
dengan berbual bersama pasangan. Luahkan ungkapan cinta, imbas
kembali kenangan manis ketika bercinta dan kini saudara sudah
menjadi miliknya. Jadikan pasangan saudara selesa dan tenang. Usah
takut berbincang mengenai apa yang kamu berdua mahukan serta
harapkan dalam konteks hubungan seks suami isteri.
Merasa selesa dan tenang bersama adalah faktor amat penting untuk
memulakan hubungan seks buat kali pertama. Mulakan dengan foreplay
dan tumpukan banyak masa untuk aktiviti ini. Ini kerana wanita
memerlukan masa bagi menyediakan diri untuk peringkat penetrasi.
Foreplay ini termasuk ciuman, pelukan, belaian, sentuhan dan seks
oral. Tanya kepada pasangan saudara, kawasan mana dirasakan nikmat
lebih banyak. Fokuskan ke kawasan itu. Tumpukan masa untuk
menerokai dan mempelajari fokus erotik pasangan anda.
Sebagai seorang suami pada malam pertama, saudara perlu memikul
peranan utama tetapi jangan sesekali bersikap terburu-buru, kasar
atau rakus. Apabila isteri saudara bersedia, penetrasi perlu
dilakukan secara perlahan-lahan. Pastikan vagina dalam keadaan
basah. Jika tidak, gel pelincir seperti KY jelly boleh digunakann.
Ini adalah kerana persetubuhan akan menjadi tidak selesa dan sakit
apabila vagina berada dalam keadaan kering.
Posisi wanita di atas adalah kedudukan paling sesuai untuk malam
pertama. Ini adalah kerana dalam posisi ini, isteri saudara boleh
mengawal tahap dan kedalaman penetrasi dan boleh disesuaikan
mengikut tahap penerimaan beliau.
Pendarahan boleh berlaku semasa penertrasi pertama tetapi ia
selalunya berlaku dalam kuantiti kecil dan tidak merbahaya.
Adakalanya penetrasi tidak terjadi pada malam pertama. Ini boleh
terjadi apabila pasangan saudara masih belum bersedia atau saudara
sendiri boleh mengalami kegagalan ereksi ataupun ejakulasi pra
matang.
Kegagalan ereksi pada malam pertama selalunya berpunca dari faktor
psikogenik .Ini termasuk faktor tekanan, performance anxiety dan
tidak ada pengalaman dalam hubungan seks. Ejakulasi pra matang pula
boleh berlaku akibat terlalu ghairah dan tidak ada pengalaman dalam
mengawal ejakulasi. Sekiranya ini berlaku, saudara jangan gusar
atau panik.
Kedua-dua masalah ini lazimnya boleh dipulihkan dengan sendiri dan
tidak memerlukan apa-apa rawatan. Hubungan seks perlu latihan dan
teruskan hubungan intim walaupun pada beberapa kali yang pertama,
ia tidak sehebat yang dijangka.
Ada juga kemungkinan isteri saudara tidak akan mencapai klimaks
pada malam pertama. Ini disebabkan pelbagai faktor termasuk
penyesuaian diri. Saudara tidak perlu mengambil tonik kesihatan
atau menjalani amalan urut sebagai persiapan menghadapi malam
pertama. Urut terutama pada bahagian zakar boleh menimbulkan
kecederaan dan pelbagai komlikasi.
Tonik tonik kesihatan yang dijual di pasaran kebanyakannya tidak
diketahui akan kandungan sebenarnya. Amalkan senaman, pengurusan
tekanan yang bijak dan pemakanan sihat .
Jika saudara berdua sihat dan saling menyayangi antara satu sama
lain, seks akan menjadi hebat. Bagaimanapun, ia mungkin tidak boleh
dicapai dengan satu hubungan pada malam pertama. Saudara perlu
bersabar dan belajar mengenai pasangan saudara dari segi fizikal
dan mental. Ada pelbagai buku panduan untuk pengantin baru yang
boleh didapati di pasaran.
Paling penting, saudara akan bersama insan yang dicintai dan
disayangi hingga ke akhir hayat.
Selamat pengantin baru!












