PETUA PANTANG LARANG BAGI LELAKI

Posted by ownz | Saturday, July 11, 2009 | | 0 comments »

Segala apa yang dilakukan mempunyai kesan samada serta merta atau
berjangka panjang. Pelbagai petua pantang larang telah diajarkan
oleh orang-orang tua Melayu bagi menjaga kesihatan tenaga batin. Ia
bukan bertujuan mengharamkan yang halal tetapi berupa nasihat hasil
dari pengalaman orang-orang terdahulu.

Jangan amalkan minum air batu kerana ia mengakibatkan zakar menjadi
sejuk serta lembik dan mengakibatkan batang zakar ngilu bila jima'.
Batang zakar harus sentiasa panas.

Jangan makan nasi berulamkan air. Minnum air setelah selesai makan
nasi, melainkan jika tercekik. Kesannya sama seperti minum air batu.

Usah amalkan makan makanan bersifat ssejuk atau telah sejuk atau
disejukkan. Ia boleh mengakibatkan air mani cair dan

Jauhi makan makanan yang kuahnya berllinang kerana ia melemahkan
zakar. Jangan terus minum air selepas makan nasi, minum hanya
setelah 2 minit suapan terakhir.

Jangan hembus nafas ketika minum, tahan nafas, ini membantu
mengelakkan dari mudah lelah ketika jimak.

Elakkan minum air ketika badan sedangg panas, selepas berlari atau
bekerja berat. Berehatlah terlebih dahulu, sejukkan badan, kemudian
baharulah minum air.

Jangan makan kepak ayam daging keranaa ia melemahkan zakar. Jangan
makan nasi sejuk, panaskan dahulu.

Kurangkan dari memakan Pisang Embun.

Elakkan minum air selepas jan 11.00 malam walaupun air panas kerana
ia melemahkan otot pinggang dan membawa sengal badan.

Elakkan dari buang air ditempat air bbertakung, carilah tempat yang
kering dahulu kemudian buang air besar.

Ini melatih mengawal otot zakar dengaan baik. Jangan amalkan
melancap kerana ia memaaksa mani keluar dan melemahkan zakar.

Jangan bersetubuh dengan perempuan yang jauh lebih tua.

Jangan biarkan isteri menindih zakar ketika tidur. Aliran darah
yang sempurna amat perlu pada zakar kerana waktu tidur darah menuju
zakar, tindihan dari paha dan lutut yang sejuk membantutkan aliran
dan melemahkan zakar.

Jangan buang air kecil di atas tanah atau ketika berendam dalam air.

Jika berumur lebih 30 tahun, elakkan dari jima' lebih dari 3 kali
seminggu, kerana perlu cukup masa membina kembali tenaga batin.

Jangan jimak di dalam air.

Jangan terus minum air selepas jimak,, rehat dahulu 15 minit.

Jangan biarkan pinggang terhentak denngan kuat kerana mengakibatkan
mati pucuk.

Jangan biarkan zakar terendam begitu lama selepas klimaks.

Jangan jima' isteri yang sedang haid kerana mendatangkan penyakit

Jangan cungkil gigi dengan kemucup (tangkai bunga lalang) kerana ia
mengakibatkan zakar menjadi ngilu dan kurang bertenaga

BUDAK PANDAI

Posted by ownz | Thursday, July 09, 2009 | 0 comments »

Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang
muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut : "Apa
sebenarnya masalah awak, Abu?"

Lalu Abu menjawab, "Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya
menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada
di tempat yang sama juga!".

Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara
Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada
pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan
jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan
baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada
Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.


Pengetua: Apa 3 x 3?
Abu: 9
Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu: 36

Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR
dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua
memandang Cikgu Murni dan berkata, "Saya rasa murid ini sepatutnya berada di
darjah 6", Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, "Saya ada soalan saya
sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?". Pengetua dan Abu bersetuju.

Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu: (berfikir) Kaki

Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?
Abu: Saku

Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf "K" akhir dengan "A", ianya
berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
Abu: Kelapa

Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna "pink", bila keluar lembik
dan melekit?

Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, siAbu terus
menjawab.

Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)

Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara
duduk dan anjing secara tiga kaki?

Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak
menahan si Abu terus menjawab.

Abu: Bersalaman

Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya,
okay?
Abu: Baik Cikgu

Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya
berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.

Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.

Abu: Khemah


Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak
teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.

Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas
Nescafe 3in1.

Abu: Cincin perkahwinan

Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan
meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak
hembuskan saya, akan berasa lega.

Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu
Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.

Abu: Hidung

Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan
masuk dengan lajunya.
Abu: Anak panah

Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?
Abu: Okay

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and end in 'K' that means lot of
heat and excitement?
Abu: Firetruck

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and ends in 'K' & if you dont get
it you have to use your hand.
Abu: Fork

Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It's longer on some men
than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife
after they are married?
Abu: Surname

Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of
veins and loves pumping?
Abu: Heart

Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan
oleh si Abu, lantas berkata "Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya;
jawapan yang saya fikirkan semuanya salah".





P/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua
yang mempunyai pemikiran kuning.....hehehe

10 PERKARA YANG MEMERANJATKAN DALAM PERKAHWINAN

Posted by ownz | Wednesday, July 08, 2009 | | 0 comments »

Bila wujud perkahwinan, tidak semesti semuanya ok dan bahagia. Ada
banyak perkara yang boleh mengubah tanggapan kita dan kita perlu
banyak bersabar. Di bawah ini ada beberapa perkara melalui
pengalaman masyarakat kita dan tanggapan mengenai perkahwinan dan
pengalamannya selepas berkahwin.

1. Berkahwin tidak bermakna anda tidak akan keseorangan lagi.

"Saya dan suami baru sahaja mengikuti kaunseling. Tiada apa-apa
yang drastik cuma kami dapat rasakan bahawa kami semakin berjauhan
dari segi emosi dan fizikal. Jiwa semakin terasa keseorangan. Nasib
baik kami berdua cepat sedar dan sanggup mendapatkan bantuan
daripada mengambil tindakan yang bertentangan."

2. Berkahwin tidak bermakna anda akan berasa menyintai atau
dicintai setiap hari.

"Kebahagiaan dalam perkahwinan tidak berlaku sekelip mata kerana
masalah tentu akan timbul. Ada masalah besar dan ada yang kecil.
Kadangkala anda akan merasakan diri sudah tidak dicintai." Amat
penting bagi masing-masing mengucapkan perasaan cinta dan mencintai.

3. Anda masih perlu menghangatkan suasana.

"Kami suami isteri mempunyai kerjaya yang sangat sibuk dan jarang
dapat meluangkan masa bersama. Untuk mengelakkan perasaan seperti
teman sebilik sahaja, kami cuba terapkan kebiasaan untuk memeluk
antara satu sama lain dan bercerita setiap malam sebelum melelapkan
mata."

4. Perkahwinan adalah sesuatu yang menyeronokkan.

"Saya dan isteri amat menyenangi kehadiran masing-masing. Kami
gemar bergelak ketawa bersama, bergurau dan mengusik. Setiap hari
ada sahaja SMS yang dihantar... kadang kala lawak jenaka dan ada juga
mesej berunsur seks nakal."

5. Lazimnya salah seorang akan lebih banyak berkorban.

"Mana ada yang seratus peratus adil pembahagiannya. Selalunya
isteri akan lebih banyak berkorban terutamanya dari segi kerjaya.
Kadang-kala ada yang terpaksa melepaskan kenaikan pangkat kerana
tidak ingin rumahtangga kucar-kacir."

6. Pasangan anda akan berubah mengikut masa.

Anda harus menerima kenyataan bahawa masing-masing akan berubah
mengikut masa. Kadang-kalanya dari segi perangai, rupa paras ,
bentuk badan dan hobi. Tiada orang yang akan kekal sama seperti
mana mula-mula berkenalan dahulu.

7. Anda tidak semestinya akan bersetuju dalam semua perkara.

Suami akan tetap mahu menggunakan wang bonus untuk membesarkan
garaj manakala isteri inginkan sofa baru. Terimalah hakikat bahawa
masing-masing ada keinginan yang berbeza. Yang penting tolak
ansur-mungkin bonus tahun ini mengikut kehendak isteri manakala
bonus tahun depan untuk suami pula.

8. Semakin lama berkahwin semakin bahagia.

Pasangan yang memahami kehendak masing-masing dan mengamalkan tolak
ansur dalam kebanyakan perkara sepanjang mereka berkahwin, lazimnya
akan berjaya melawan badai atau apa-apa masalah. Mereka inilah yang
dapat menikmati kemanisan berumahtangga. Sememangnya pasangan ini
adalah "soulmate" masing-masing.

9. Hubungan seks ada turun naiknya.

Kadang kala sangat berkesan dan ada kalanya tidak begitu
memberansangkan. Masing-masing seharusnya menerima bahawa ianya
bergantung kepada "mood" dan keadaan sekeliling.

10. Perasaan Ego yang berlebihan adalah amat berbahaya.

Apabila perselisihan terjadi, masing-masing menjadi begitu sensitif
dan mementingkan ego. Jika terlampau mengikut ego, anda mungkin
akan memanjangkan masalah yang kecil. Elakkan daripada menyimpan
perasaan marah terlalu lama kerana pasangan anda mungkin akan
berubah hati.

SEJADAH TERBANG

Posted by ownz | Thursday, July 02, 2009 | 0 comments »

`Floating Mat' a sign to people

KUALA TERENGGANU: The Terengganu chief imam has attributed the unusual occurrences at the Crystal Mosque here as a sign of the people distancing themselves from the religion.

Ustaz Azizi Saidi Abdul Aziz described claims that a visitor had seen and photographed prayer mats floating in the mosque as “hardly phenomenal” and people should stop thinking that it was due to genies or ghosts.
Mystifying: This ‘floating mat’ phenomenon occurred at the Crystal Mosque in Kuala Terengganu. The imam says such occurrences have been reported in Saudi Arabia.
“Such mystifying occurrences have been reported in Saudi Arabia,” he said yesterday.

A woman from Negri Sembilan who visited the mosque had photographed the phenomenon with a mobile phone camera early this month, triggering fear among locals.

Azizi Saidi said the phenomenon could be linked to the lackadaisical attitude of Muslims in the state in performing congregational prayers.

“There is nothing to panic. This is a call to Muslims not to overlook their obligation towards performing prayers together.

“There are umpteen mosques in Terengganu but there is a lack of mosque-goers.

“Some of our mosques lack people even during Friday prayers,” he added.

He said the occurrence was not “bizarre” but should be seen as a miracle that could be considered a sign

63 PETUA BAHAGIA

Posted by ownz | Wednesday, July 01, 2009 | | 2 comments »

1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/ berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan ‘pasangan’.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37.. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49.. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:
(a) Mental, pendidikan dan ilmu
(b) Emosi
(c) Fizikal dan ekonomi
(d) Sosial
(e) Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:
(a) Pendapat atau pandangan
(b) Hobi
(c) Kegemaran
(d) Makanan
(e) Cita rasa
(f) Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

LANGKAH BESTARI SUAMI MITHALI

Posted by ownz | Wednesday, July 01, 2009 | | 0 comments »

· Pasang niat Dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat Dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

· Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

· Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif Dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

· Setiap Hari pulang dengan senyum Dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri Dan anak-anak akan bahagia Dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

· Pastikan anda Ada masa untuk berbual dengan isteri setiap Hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap Hari?

· Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok Dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

· Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri Dan mengeratkan hubungan suami isteri.

· Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

· Amalkan makan bersama setiap Hari. Berbual mesra Dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan Dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

· Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

· Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang Dan menbahagiakan pasangan anda.

· Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan, mengeratkan hubungan Dan menyelesaikan banyak masalah.

· Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat Dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil?

· Didik isteri dengan memberi nasihat Dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan Dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

· Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga Dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut Dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita Dan rumahtangga terancam.

· Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan Dan kemahuan Dan peka kepada emosi Dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.

· Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan Dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

· Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

· Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya Dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda baga ima na ?

· Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda ber ima n, sayang Dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya Ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

· Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumahtangga bahagia Dan isteri mudah masuk syurga.

· Tegur kesilapan isteri dengan hikmah Dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba Dan memberontak.

· Gunakan Nabi Muhammad s.a.w. Sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumahtangga. Sebut nama rasul apabila mendidik Dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

· Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

· Suruh isteri dirikan sembahyang Dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu Dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

· Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, tidak pernah sensara serta berteraskan ima n Dan takwa.

· Sentiasa berubah secara positif. Sebelum Cuba ubah isteri Dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

· Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka. Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

· Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan Dan cekap menyelesaikan masalah.

· Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki Cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

· Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad s.a.w. Amat pemalu, pemaaf, peka, endah Dan mudah menangis. Sifat wanita yang Ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

· Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

· Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan ima n dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar, memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

· Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?

· Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan untuk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

· Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlah ilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

· Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

· Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

· Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

· Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

· Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel untuk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

· Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

· Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

· Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

· Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

· Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah, suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

· Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

· Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

· Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

· Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riadah, berdiet, hentikan merokok, bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.

SUAMI HARUS KREATIF MENDIDIK ISTERI

Posted by ownz | Wednesday, July 01, 2009 | | 0 comments »


Salam,

Pujangga Arab menyatakan kaum wanita dibekalkan dengan sembilan nafsu dan satu akal berbanding lelaki pula dibekalkan satu nafsu dan sembilan akal. Sejauh manakah anda memahami kenyataan di atas? Ini kata pujangga Arab, ya. BUKAN berdasarkan hadis Rasulullah SAW. Ramai orang keliru dengan ini, padahal Rasulullah SAW tidak sewenang-wenangnya merendah-rendahkan martabat kaum wanita. Saya tidak pernah jumpa hadis berkenaan ini, jika ada yang menyimpannya, harap dimaklumkan kepada saya.

Saya lebih senang mengungkapkan sembilan emosi satu logik bagi wanita dan satu emosi dan sembilan akal bagi lelaki (walaupun tidak 100% setuju dengan dakwaan pujangga ini). Ini kerana wanita dipertanggungjawabk an dengan perkara-perkara yang lebih memerlukan pertimbangan emosi dari logik. Manakala lelaki pula dipertanggungjawabk an dengan perkara-perkara yang lebih memerlukan pertimbangan logik dari emosi.

Nafsu yang dimaksudkan bukanlah nafsu seks semata-mata tetapi nafsu yang menyebabkan seseorang itu mudah risau, tidak sabar, mudah prasangka, pemarah, pemboros dalam berbelanja, cepat tersinggung (sensitif) dan sebagainya. Ia amat jauh sekali dari isu nafsu atau syahwat seperti mana yang selalu diusulkan dengan definisi yg selalu kita dengar sebelum ini. Pendek kata, hasil dorongan nafsu itulah lahirnya pelbagai perasaan (emosi) di dada wanita, sebab itulah dikatakan juga bahawa sembilan per sepuluh daripada diri wanita itu adalah perasaan dan satu per sepuluh saja pertimbangan akal.

Atas dasar inilah, wanita mesti dipandu atau dibimbing oleh lelaki agar segala tidak tanduknya tidak melulu mengikut perasaan semata-mata. Sembilan nafsu pada diri wanita boleh menyebabkan kerosakan pada masyarakat dan keruntuhan rumahtangga jika tidak dipagari dengan ilmu syariat. Mahu tidak mahu suami terpaksa belajar sedikit sebanyak ilmu untuk menundukkan wanita atau psikologi wanita serta memenuhi dada dengan ilmu syariat juga. Barulah nanti dapat menggunakan kebijaksanaan dalam mendidik isteri sekalipun ada kalanya menghadapi ragam isteri yang mampu mencabar kesabaran suami. Suami sebagai pemimpin rumahtangga semestinya sentiasa kreatif dalam mendidik isteri. Allah bekalkan kepada kaum lelaki kekuatan akal yang rasional tidak terlalu emosional atau mudah didorong oleh perasaan. Lelaki itak mudah tersinggung berbanding dengan wanita.

Jika kekuatan akal ini dapat dimanafaatkan dengan sebaik-baiknya, ditambah dengan kesabaran serta kekuatan jasmani untuk mencari nafkah keluarga, suami akan menjadi pelindung dan pendidik yang berwibawa. Firman Allah yang bermaksud: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin (pembela dan pelindung) bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lainnya (wanita), dan kerana mereka (lelaki/suami) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka....” (Surah An-Nisa, ayat 34).

Kesabaran dan kebijaksanaan

Tercetusnya kebahagiaan rumahtangga ialah apabila suami dapat menggunakan kekuatan akalnya serta kesabaran dalam menghadapi karenah dan ragam isteri. Kebijaksanaan mesti disertai pula dengan kesabaran. Kedua-duanya mesti ada pada seorang suami. Kesabaran tanpa kebijaksanaan menyebabkan suami menurut saja kemahuan isteri sehingga isteri besar kepala. Manakala kebijaksanaan tanpa kesabaran akan menyebabkan suami tewas dengan nafsu sendiri sehingga bertindak ganas dan boleh membahayakan isteri. Maknanya, tanpa kesabaran, seseorang itu boleh hilang pertimbangan akal dan tidak dapat lagi melihat sesuatu persoalan dengan tenang. Jika kesabaran tidak ada pada diri, ia perlu diusahakan melalui latihan berpandukan ilmu tasauf.

Secara mudah, bolehlah dikatakan lelaki adalah makhluk akal manakala wanita makhluk rasa. Perasaan wanita terlalu mudah terusik dengan keadaan sekeliling. Oleh itu dalam menghadapi wanita, lelaki hendaklah banyak menggunakan daya fikir. Umpamanya, jika isteri sedang berduka, suami perlu merancang untuk mewujudkan perasaan gembira di dada isteri.

Kekuatan sabar

Di sinilah perlunya strategi dalam mendidik isteri. Contoh bagaimana kesabaran boleh menundukkan nafsu (emosi) wanita dapat dilihat pada satu kisah seorang perempuan tua yang suka mengganggu Rasulullah SAW. Tatkala Rasulullah SAW lalu di sebelah rumahnya, dia akan membaling sampah kepada Rasulullah SAW. Adakalanya dia menaburkan sampah dan serpihan kaca di sepanjang jalan yan gakan dilalui oleh Rasulullah SAW. Bahkan pernah juga dia membaling najis semasa Rasulullah SAW lalu di sebelah rumahnya. Tetapi perbuatannya sedikitpun tidak diperdulikan oleh baginda Rasulullah SAW.

Suatu hari Rasulullah SAW berasa pelik kerana perempuan tua itu tidak lagi menghalangi perjalanannya. Apabila pulang dari masjid, baginda bertanya jiran perempuan tua tersebut. Rupa-rupanya perempuan tua itu sedang sakit, lalu baginda naik ke rumahnya denga tujuan untuk berziarah. Rasulullah SAW bertanyakan khabar dan tolong memasakkan air untuk perempuan tua itu. Alangkah terkejutnya perempuan tua tersebut melihat akhlak Rasulullah SAW yang sanggup menziarahi dan membantunya tatkala dia sedang sakit. Akhirnya sifat sabar Rasulullah SAW menghadapi karenah perempuan tua itu menyebabkan terbuka hatinya memeluk Islam. Tidak semua suami memiliki isteri yang banyak karenah. Beruntunglah suami yang memiliki isteri yang sikapnya terlalu pengasih terhadap suami dan anak-anak. Wanita begini rela mengorbankan seluruh jiwa dan raga untuk kebahagiaan suami dan anak-anak. Dia akan bersikap sebagai penghibur, penyayang, pendorong dan pembantu kepada perjuangan suami sekiranya suaminya seorang pejuang atau pendakwah. Isteri begini bukan sahaja tidak membebankan suami dengan masalah-masalahnya, bahkan dia akan berusaha untuk menyelesaikan masalah suaminya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Barang siapa memiliki isteri yang solehah, maka sesungguhnya ia telah memiliki separuh daripada agamanya.” Rasulullah SAW juga bersabda, “Dunia adalah hiasan dan hiasan yang terbaik ialah memiliki isteri yang solehah.” Dari Abu Sa’id al-Khudri r.a, Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya dunia itu manis. Dan sesungguhnya Allah telah menguasakannya kepada kamu sekelian. Kemudian Allah menunggu (memperhatikan) apa yang kamu kerjakan (di dunia itu). Kerana itu takutilah dunia dan takutilah wanita, kerana sesungguhnya sumber bencana Bani Israel adalah wanita.” (Hadis Riwayat Muslim)

Menjadi Isteri Solehah

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Apabila seseorang isteri meninggal dunia dan suaminya redha kepadanya, maka ia akan masuk syurga.” (Hadis Riwayat Tirmidzi dan Ibnu Majah)

i) Islam telah menggariskan peranan suami dan isteri dengan jelas di mana suami mestilah bersedia untuk mentadbir rumahtangga dan isteri pula mestilah bersedia untuk mentaati perintah suami.

ii) Syurga anak adalah di telapak kaki ibunya (hadis daif) manakala syurga isteri adalah apabila taatkan suaminya (BUKANNYA syurga suami di telapak kaki suami, istilah ini salah! Rujuk entry Syurga-di-tapak- kaki?) Taat di sini bererti patuh kepada perintah dan kehendak suami kecuali apabila suami menyuruh melakukan dosa. Ia menduduki tempat kedua selepas taat kepada Allah dan Rasul.

iii) Ketaatan isteri berkait rapat dengan keperibadian suami di mana kuasa suami bukan terletak pada kekuatan fizikalnya tetapi terletak pada iman, ilmu dan kesabarannya. Dengan demikian barulah kepimpinannya menjadi lebih mantap dan dihormati isteri.

iv) Kunci kerukunan rumahtangga adalah persefahaman antara suami isteri. Oleh itu Islam telah menyarankan bahawa dalam mencari isteri idaman hendaklah dari kalangan wanita yang mempunyai empat ciri seperti berketurunan baik, elok paras rupanya, berharta, dan kuat pegangan agamanya. Namun yang perlu diutamakan adalah yang solehah (beriman) agar mudah untuk dididik dan beberapa masalah rumahtangga dapat dielakkan seperti isteri nusyuz dan sebagainya.

v) Setiap wanita Islam hendaklah menyedari tentang hak-haknya yang telah digariskan oleh syarak agar tidak berlaku kekeliruan dalam mentaati suami sehingga menjadi mangsa penderaan oleh suami yang tidak bertanggungjwab. Oleh itu seorang isteri yang solehah adalah yang mencakupi erti kata wanita yang berilmu dan beriman. Dengan demikian rumah tangga akan sentiasa aman dan bahagia.

Sungguhpun begitu, wanita yang dikatakan mempunyai sembilan emosi satu logik ini bukanlah insan yang lemah. Wanita sebenarnya diciptakan dengan satu kekuatan yang maha hebat, tetapi sukar dilihat. Kekuatan yang dimaksudkan ialah kekuatan emosi. Oleh sebab itulah wanita diberi peranan sebagai isteri. Atas sebab kekuatan emosi ini juga, wanita ditugaskan memegang tanggungjawab sebagai seorang ibu. Kekuatan emosi ini ialah sabar, tabah, gigih, cekal dan tidak mudah putus asa.

Apabila wanita dapat dididik dengan betul, maka ia dapat memberi kebaikan kepada seluruh umat kerana di tangan wanitalah penentu corak generasi akan datang. Kelembutan dan kehalusan belaian tangan yang solehah akan membahagiakan seluruh isi alam.

Fikir-fikirkan.