Hidup di kalangan masyarakat majmuk kebanyakan kita akan berjiran dengan keluarga yang bukan Islam.
Bagi kaum Tionghua dan Hindu mereka selalu mempunyai tempat penyembahan masing-masing, kaum Cina mungkin di luar rumah manakala Hindu di dalam rumah.
Bila kaum Cina yang beragama Taoisme atau Buddha sering melakukan upacara penyembahan mereka di luar, anak-anak kita yang masih kecil akan lihat, dan mungkin pernah bertanya kepada kita....
"Uncle sebelah buat apa tu Abah?"
Dan secara amnya, kita akan menjawab... "dia org tgh sembahyang atau tengah sembah Tuhan dia" jawaban itu tuan-tuan, nauzubillah sebenarnya syirik.... Kerana ia bercanggah dengan prinsip dua kalimah syahadah kita.. "tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH"
tetapi apabila kita memberik an jawapan ... "Dia tengah sembah Tuhan dia" kita menggambarkan pada anak kita bahawa ada Tuhan yang lain dari ALLAH, kita memberi gambaran kepada anak kita, bahawa, kaum Cina punya satu Tuhan, India satu Tuhan, Kristian satu Tuhan...dan cara mereka menyembah Tuhan mereka lain dari kita.
Sedangkan kita mengucap kalimah kita "tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH"
Jadi mana datangnya konsep atau pengertian "dia sedang sembah Tuhan dia"?
Sekiranya jawapan ini diteruskan.. ...maka anak kita akan terus keliru dengan konsep dan prinsip syahadah kita " Tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH"
Jawaban yang sebenarnya,
" Anak, pertamanya perlu faham, Tuhan kita dengan Tuhan Uncle sebelah sama, kerana ada hanya satu tuhan sahaja iaitu ALLAH, tapi cara dia menyembah Tuhan itu salah" ..
Jangan ambil mudah jawaban yang diberikan kepada anak, kerana jawaban yang salah akan hanya merosakkan atau setidak-tidaknya akan kelirukan mereka.
Sekadar mengamalkan "sampai dan menyampaikan".
Sekiranya apa yang disampaikan di sini atas kelemahan diri sendiri dan yang baik datang dari ALLAH.
Apa yang disampaikan di sini ialah pemahaman sendiri dari kuliah maghrib, sekiranya ada pihak yang mempunyai idea dan jawaban yang lebih baik.....
SILA KONGSI BERSAMA.
JAWAPAN MUDAH YANG BOLEH BAWA KEPADA SYIRIK
Posted by ownz | Wednesday, July 01, 2009 | Pedoman | 0 comments »Orang Johor tolong jawab! Betul ker erk?
10 Things You Should Know About A True Blue Johorean
1. They end 9 out of 10 sentences with Ekkk...
Ekk ialah trademark orang Johor. Digunakan di hujung SETIAP ayat menggantikan tanda soal (question mark).
Contoh :-
Ni awak punyer ekk?
Nama awak saper ekk ?
Kenapa kite kaler tak cantik ekk ?
Dan macam-macam ekk lagi.
Aku teringat semasa aku sekolah dulu, aku dan member sebelah aku boring yang amat di dalam kelas, so to keep us awake, kami dok mengira berapa kali Cikgu sebut ekk. In a period of 40 minutes, dekat 100 kali! Lepas tu kami gelarkan Cikgu tu as Cikgu Fadzillah* Ekk. (*bukan nama sebenar).
2. They refer to Johor Bahru as Johor and not JB.
Kalau orang di negeri Johor sebut Johor, it meant Johor Bahru (JB), the city dan bukan Johor, the state. Biasa digunakan oleh mereka yang tinggal di luar bandar Johor Baru seperti di Masai- chusettes umpamanya.
Contoh : Beb, gua nak turun Johor laa. Lu mahu ikut gua tak?
So, if you ARE already in Johor, tak kira di daerah mana - if the locals kata nak pergi Johor, it means nak ke Johor Bahru. Jangan pulak buat lawak bongok** berkata, " Eh, lu kan dah ada kat Johor?" Or worse, jangan memandai nak tambah ekk with that question.
3. They pronounce Muar as MUOR. (kena juih bibir sikit)
In fact you pronounce everything that ends with "AR" as "OR".
Contoh : Aku kena pakai seluor besor untuk main bola kat Bandor Muor besok. (Aku kena pakai seluar besar nak main bola di Bandar Muar besok).
Aku teringat Kakak tegur aku bila aku cakap macam tu. Kenapa Mama sebut besar, BESOR ? Slipper , SLIPPOR ? Aku tergelak. Aku cuma speak like that bila berjumpa dengan true blue Johorean aje.
Lapo (lapar), penampor (penampar), ulor (ular), pagor (pagar) dan lain-lain.
4. They are brash with a CRAZY sense of humour.
Honestly, I belum pernah jumpa orang Johor yang serious or square to a T. Or cannot take a joke. Walaupun pendiam atau pemalu , but their sense of humour boleh tahan gak. Almost all of them (yang aku jumpa dan kenal lah) are either loyar buruk or bigor **.
Baik di kampung mahu di Bandar. The sense of humour is unique that I find kadang-kadang orang luar (non-Johorean) agak takut with the brashness of budak-budak Johor.
(Did you see Majalah 3 the other night - see how Tunku Yem (nama manja Tunku Mahkota Johor) bercerita pasal anakanda dia Tunku Ismail ? Haha.... that is exactly my point!)
5. Diorang ada ENDUT **.
Kalau tak pernah berendut, sure pernah ada endut or busuk-busuk pun teringin nak ada endut.
Contoh ayat :
Haa...kau dah ada endut yer ?
Kau pergi berendut kat mana ?
Orang berendut dia pun nak berendut.
6. Diorang Makan Gula Tarik, Sagun, Gula Kandy, Bobotok....
Dah lama aku tak tengok atau makan gula tarik, sagun or kandy. Ada lagi ke bebenda ni kat Johor ? Aku tak boleh nak describe dengan teliti these things cos it has been 30 years since I last tasted them.
Seperti Kak P cakap - makanan seperti botok-botok. Kalau out of Johor, botok-botok dikenali dengan nama PAIS IKAN. Jangan tanya aku how to describe the ingredients cos aku tak berapa gemar makan sebab guna banyak sangat daun ( aku tak suka makan sayur - especially ulam). Yang aku tahu - pakai daun segala daun, termasuk daun betik dan gunakan kari ikan and balut dengan daun-daun tu dan kukus.
Aku pernah tanya my Dad dulu - kenapa buruk benor nama dia bebotok. Then my Dad cerita :
Di zaman dulu ada seorang nenek yang tinggal seorang diri. Everyday cucu dia akan datang bawak makanan. Nenek ini suka sangat pais ikan dengan bubur so dia suruh cucu ni bawak tetiap hari. Bila cucu tu bawak makanan lain, Nenek akan tanya " Mana Bubur Tok? ". Lama-lama Bubur Tok jadilah Bebotok - kesan dari cakap cepat-cepat.
Itulah ceritanya. Aku kecik lagi masa my Dad cerita tu. So, kalau dia kelentong aku - maka kelentonglah cerita bebotok tu. Sekian adanya.
7. Pernah (or berangan nak) jadi Mat Rock .
Aku rasa sebab kedudukan Johor dekat dengan Singapore, sebab itulah pengaruh Barat di Malaysia masuk melalui Johor dulu. Itu teori aku lah. But kalau ikutkan sejarah Johor, Sultan yang mula-mula kawin dengan Mat Salleh pun Sultan Johor (Almarhum). So, tak heranlah kalau kumpulan Rock kat Malaysia ini semua ada susur galur dari Johor. Amy, Zainal Abidin, Nash etc.
Boleh pakai ke teori aku ni? Jangan aku kena pancung dengan Sultan, dah ler.
Ampun Tuanku !
8. Kenduri Kawin Ada Telur Pindang
Telur pindang ialah telur ayam yang direbus dengan segala macam rempah dan dedaun untuk mendapatkan that special taste. Lepas rebus, telur akan berwarna cokelat. Both kulit dan isi. I don't like to eat telur pindang, so I cannot to describe the taste. Normally orang buat telur pindang ni for special occasion, seperti majlis perkahwinan. Zaman dulu-dulu, you can tell the social class of the tuan rumah - normally orang kaya-kaya jer buat telur pindang ni sebab ianya rumit dan makan masa berjam-jam therefore menggunakan kos yang tinggi.
9. Tidur atas LECA** (rhyme with letak and baca, the non-baku way). Baju simpan dalam GEROBOK **.
10. They never watch RTM sebab semua cerita dah tengok kat TV Singapore!
When I was growing up, aku cukup suka tengok TV Singapore sebab iklan dia semua dari overseas, very menarik. Besides the cerita yang terkinilah. Yang aku suka ialah iklan jeans Levi's (Let your love flow), iklan lagu Coke ( I'd like to build the world a home), iklan Kodak (Times of Your Life -Paul Anka ). Paling syok ialah masa Christmas, iklan dan lagu semua best-best.
(But itu dulu, sekarang aku rasa semua rancangan sudah semasa.)
Well, TV Singapore cuma dapat ditengok oleh penduduk JB dan kawasan yang sewaktu dengannya. As you go further up north (of Johor), you can see aerial TV semua setinggi pokok kelapa - semata-mata nak dapatkan siaran from Singapore!
Apa lagi EKK?
Kamus Johor :
Bongok - bodoh
Bigor - gila-gila, contoh :- Apek Senario tu macam budak BIGOR ekk ?
Endut - makwe/pakwe. Awek/balak. Boifren/girlfren. Boleh digunakan tanpa mengira jantina.
Berendut - berpasangan.
Pergi berendut - dating.
Botok-botok, bebotok - sejenis makanan menggunakan ikan, ditambah memacam dedaun, letak serbuk kari (don't ask me - aku tak reti buat) dan dibalut dengan daun betik, diikat dengan sebelum dikukus. Alah, macam Pais Ikan tuh.
Leca - tilam. Normally dibuat sendiri menggunakan kekabu (orang zaman dulu-dulu semua DIY - tak ada Vono, Slumberland ).
Gerobok, Gobok - cupboard. Almari. Tak kiralah simpan kain baju ke, simpan pinggan mangkok ke.
1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak
4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak
5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak
6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan
7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan
8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak
9. Kurang melahirkan kasih sayang
10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak
11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah
12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan
13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak
14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak
15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak
16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca
17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal
18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak
19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak
20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak
21. Tidak menggunakan bahasa yang betul
22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak
23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak
24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat
25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak
26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak
27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak
28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak
29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak
30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak
31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak
32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak
33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak
34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan
35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak
36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan
37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak
38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak
39. Tidak tegas mendidik anak-anak
40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama
Dipetik dari buku '40 kesilapan mendidik anak' oleh Dr. Hassan Ali
SOALAN:
Emak saya sakit teruk; sukar tidur malam, stres, sesekali menangis, sesekali ketawa mengilai panjang dan ada ketikanya termenung, tidak keluar bilik, dan macam-macam lagi, lalu akhirnya sembuh setelah berubat di sebuah kampung di Melaka. Bomoh yang merawatnya memintanya supaya memutus ubat, atau memulang paku buah keras.
Mungkin kerana seronok sembuh, emak saya juga abang lupa untuk memutus ubat lalu akhirnya ibu saya sakit semula, lebih teruk.Emak dibawa berubat semula dan sembuh lalu abang memutus ubat seperti yang disarankan oleh bomoh tadi. Soalan saya ialah, adakah orang yang berubat cara Melayu (tradisional) akan sakit semula kalau tidak memutus ubat, seperti yang terjadi pada ibu saya.
*Noryn, Shah Alam, Selangor.
Jawapan
Orang Melayu tradisional mempercayai bahawa setiap benda itu mempunyai semangat, sama ada benda itu merupakan objek alam, seperti laut ataupun daratan, ataupun objek lain yang lebih khusus, seperti pokok, terutamanya pokok yang besar-besar, hutan-hutan, batu-batu besar, gua-gua dan sebagainya.
Andainya semangat ini dirujuk kepada objek berkenaan semangat yang dimaksudkan di sini ialah makhluk-makhluk halus, yang dipercayai menghuni tempat-tempat tersebut.
Kerana itulah tempat-tempat seumpama ini tidak boleh diperlakukan sembarangan, seperti membuang air besar ataupun air kecil, ditakuti ia boleh menyebabkan kemarahan semangat ataupun makhluk-makhluk halus yang menghuni, ataupun menunggu tempat tadi, menyebabkan makhluk-makhluk tadi marah lalu mengganggu manusia yang terlibat.
Sekiranya semangat tersebut dirujuk kepada padi, semangat di sini adalah merupakan kekuatan dalaman yang ada pada tanaman ini. Kerana itulah maka lahirnya pelbagai upacara, pantang larang dan petua yang perlu dipatuhi yang berkaitan dengan padi, agar semangat padi tidak lari ataupun hilang. Padi yang hilang semangat menyebabkannya tidak menjadi, mudah diserang musuh, seperti ulat, binatang seperti tikus, belalang dan sebagainya, ataupun orang yang memakan beras hasil daripada padi yang tidak mempunyai semangat itu tidak merasa puas ataupun kenyang biarpun perut penuh.
Apabila semangat itu dirujuk pada diri manusia, semangat di sini bermaksud sebagai kekuatan dalaman yang perlu wujud pada diri seseorang. Orang yang hilang semangat, ataupun lemah semangat mudah diserang penyakit, kerana ketahanan dirinya ketika itu tidak kuat, ataupun tidak ada langsung. kerana itu, semangat yang dimaksudkan di sini adalah merupakan body resistance. masyarakat Melayu tradisional selalunya merujuk orang yang lemah semangat itu kepada perempuan yang mengandung, ibu yang masih dalam hari, bayi, terutamanya bayi yang masih dalam hari, juga pesakit yang masih berada dalam pengawasan mereka yang melibatkan diri dengan rawatan tradisional.
Orang yang baru sembuh daripada penyakit yang dialami merupakan mereka yang masih belum pulih semangatnya, ataupun kekuatan dalamannya. Kerana itu, orang yang seumpama ini mudah diserang oleh sakit yang sama, ataupun lain-lain penyakit, terutamanya sakit yang dipercayai berpunca daripada gangguan makhluk-makhluk halus.
Kerana itulah, orang yang berada dalam keadaan seperti ini perlu diperkuatkan semangatnya, iaitu dengan cara mengadakan upacara “memulang paku buah keras”, seperti yang saudara jelaskan. Dalam upacara ini bahan yang selalunya disediakan ialah buah keras, limau sama ada tiga ataupun lima biji biasanya limau nipis. Adalah lebih baik sekiranya limau yang dibawa itu terdiri daripada limau yang diambil dari satu tangkai yang sama, garam, bahan yang diperbuat daripada besi, seperti paku, pisau dan sebagainya, juga wang, yang tidak semestinya berjumlah tujuh ringgit seperti yang saudara jelaskan. Ia mungkin berjumlah dua ringgit setengah, dua ringgit dan setengah sen, ataupun suku sen, bergantung bagaimana seseorang itu menerima ajaran daripada gurunya. Sesetengah daripada mereka mengenakan jumlah wang ini lebih tinggi daripada apa yang saudara jelaskan, ataupun lebih rendah daripada itu.
Bahan-bahan yang perlu disediakan untuk upacara ini pada asalnya mempunyai simbolik yang tersendiri. Bahan-bahan tersebut, seperti buah keras merupakan lambang bagi kekuatan semangat pesakit. Oleh kerana semangat yang dimiliki oleh pesakit berada dalam keadaan lemah ketika itu, dengan melakukan upacara memulang buah keras, diharapkan semangat pesakit tersebut menjadi keras seperti buah keras tadi.
buah
Adalah dimaklumi bahawa bahan ini adalah buah yang paling keras, yang sering digunakan dalam dunia perubatan tradisional Melayu, atau sekurang-
kurangnya “buah keras” itu sendiri sudah cukup untuk menjadi lambang “keras” bagi memperkuat semangat pesakit yang lemah ketika itu.
Pada hakikatnya, orang Melayu umumnya telah kehilangan pengertian tentang keperluan membawa pisau ataupun paku dalam upacara yang dimaksudkan. Penggunaan bahan-bahan yang diperbuat daripada besi adalah merupakan salah satu daripada pengaruh yang didatangkan dari India yang terterap kukuh dalam kebudayaan Melayu, di mana dipercayai bahawa bahan-bahan yang diperbuat daripada besi boleh menakut-nakutkan makhluk-makhluk halus.
Kita mungkin dapat melihat kacip pinang yang diselitkan di atas pintu bilik tempat ibu dan bayi yang masih dalam hari berada. Orang Melayu tradisional mempercayai bahawa makhluk-makhluk halus suka mengganggu ketika ini.. Untuk keselamatan ibu dan bayi yang masih berada dalam waktu pantang, bahan tadi diletakkan di atas pintu bilik untuk menakut-nakutkan makhluk-makhluk halus yang mungkin datang mengganggu, ataupun hendak menghisap darah. Selain di atas pintu, bahan-bahan yang diperbuat daripada besi, seperti cangkul juga ada kalanya diletakkan di bawah bilik di mana ibu dan bayi berada. Pada hujung kain yang digunakan untuk mendokong bayi juga sering disimpulkan pisau lipat kecil untuk tujuan yang sama. Amalan ini boleh dikatakan tidak dilakukan ketika ini.
Selain daripada menjadi bahan perasa utama dalam kehidupan manusia, garam memberi makna besar dalam kehidupan manusia tradisional. Walaupun demikian bahan ini seumpama tidak memberi sumbangan dalam kehidupan manusia kerana ia mudah diperolehi juga murah harganya, pada hal bahan ini, biar dalam keadaan apa sekalipun adalah penting. Orang Melayu dahulu kala menggunakan bahan ini untuk memperlihatkan kematangan berfikir dan kekuatan seseorang. Orang yang lebih banyak makan garam, iaitu orang yang lebih dewasa dianggap lebih berpengalaman dan mempunyai kemantapan berfikir yang lebih berbanding dengan mereka yang lebih muda usianya.
Sebahagian besar orang Asli pula meyakini bahawa mimpi yang berkaitan dengan garam, seperti mimpi membeli garam, makan garam dan sebagainya memberi alamat yang buruk. Orang yang bermimpi yang berkaitan dengan garam pada malam hari perlu berhati-hati ketika berjalan di hutan, menaiki motor dan sebagainya, kerana mimpi seperti ini merupakan petanda tidak baik yang akan berlaku. Mungkin orang yang berkenaan akan dihempap pokok ketika berjalan di hutan, diterkam binatang buas ataupun berjumpa hantu di hutan. Ketika menunggang motor ia mungkin akan mengalami kemalangan. Adalah lebih baik orang yang bermimpi itu tidak keluar rumah, atau tidak bekerja di keesokan harinya..
Biarpun amalan memulang paku buah keras itu mempunyai simbol-simbol ataupun lambang-lambang tertentu seperti yang saya jelaskan, namun pengertian tersebut seumpama tidak di dewasa ini selain daripada adat kebiasaan yang diperturunkan daripada satu generasi kepada generasi yang berikutnya.
Bagi mereka yang melibatkan diri dengan rawatan tradisional, amalan ini ada kalanya hanya merupakan tuntutan yang diajar oleh gurunya yang perlu dilakukan, tidak lebih daripada itu. Sesetengah daripada mereka mengenakan syarat-syarat tersebut pada sakit-sakit tertentu, tidak pada semua penyakit yang diubati olehnya.
Amalan ini juga adakalanya dikaitkan dengan amalan “memutus ubat”. Amalan terakhir ini dilakukan sebagai tanda berterima kasih daripada pesakit juga keluarganya kepada individu tertentu yang telah menolongnya ketika sakit. Ia dilakukan tidak semestinya setelah pesakit sembuh, tetapi keluarga pesakit secara tidak langsung telah mengambil keputusan untuk menamatkan rawatan daripada individu berkenaan, ataupun lebih jelas keluarga pesakit meminta izin untuk membawa pesakit berubat dengan orang lain.
Dari segi logik memang sukar untuk menjelaskan bahawa sakit akan berulang sekiranya upacara seperti ini tidak dilakukan. Sakit boleh berulang atau menjadi lebih teruk, tetapi bukan kerana tidak memulang paku buah keras seperti yang dijelaskan.
Fenomena yang berlaku dalam masyarakat Melayu, apabila seseorang itu sembuh hasil daripada bantuan mereka yang dipanggil sebagai, pawang, bomoh, dukun, poyang ustaz dan sebagainya, mereka akan lupa untuk berterima kasih kepada orang yang pernah memberi pertolongan, biarpun perawat tadi melakukan segala-galanya dengan penuh ikhlas dan kerana Allah. Kerana itulah maka amalan memutus ubat itu perlu, iaitu untuk memberitahu kepada perawat, bahawa pesakit yang dibantu telah sembuh, dan dalam masa yang sama, tidak salah sekiranya pesakit itu memberi cenderamata seperti yang dijelaskan, ataupun menurut keikhlasan diri masing-masing.
RODA KERETA FIRAUN DI LAUT MERAH?
Posted by ownz | Wednesday, July 01, 2009 | Pedoman | 0 comments »![]() |
| pemandangan sebuah resort di Laut Merah di utara mESIR YANG MENJADI TUMPUAN PELANCONG. - Gambar hiasan |
MASIH ramai yang ingat kisah mukjizat Nabi Musa a.s membelah Laut Merah dengan tongkatnya ketika dikejar oleh Firaun dan bala tenteranya. Kini penyelidikan telah membongkar rahsia ajaib tersebut.
Seorang arkeologi Ron Wyatt, akhir tahun 1988, menyatakan dia telah menemui beberapa bangkai roda kereta tempur kuno di dasar Laut Merah.
Menurutnya, mungkin ini merupakan bangkai kereta tempur Firaun yang tenggelam di laut itu sewaktu digunakan untuk mengejar Nabi Musa bersama para pengikutnya.
Selain menemukan beberapa bangkai roda kereta tempur berkuda, Wyatt bersama para krunya juga menemukan beberapa tulang manusia dan tulang kuda di tempat yang sama.
Penemuan ini tentunya semakin memperkuat dakwaan bahawa sisa-sisa tulang belulang itu merupakan bahagian dari kerangka para bala tentera Firaun yang tenggelam di Laut Merah.
Di samping itu, hasil ujian di Stockhlom University terhadap beberapa sisa tulang belulang yang berhasil ditemukan, mengesahkan adanya struktur dan kandungan beberapa tulang berusia sekitar 3,500 tahun silam, di mana sejarah, kejadian pengejaran dalam kurun waktu yang sama.
Adalah suatu hal yang menarik, yang juga berhasil ditemukan iaitu roda salah satu kereta kuda yang kini keseluruhannya telah tertutup oleh batu karang. Sehingga waktu ini bentuk aslinya sangat sukar untuk dilihat secara jelas dan nyata.
Mungkin Allah SWT sengaja melindungi benda ini untuk menunjukkan kepada kita semua bahawa mukjizat yang diturunkan kepada para nabi-Nya merupakan suatu hal yang nyata dan bukan cerita dongeng.
Di antara beberapa bangkai kereta tadi, ditemukan pula sebuah roda dengan empat jeriji yang terbuat dari emas. Sepertinya, inilah sisa dari roda kereta yang ditunggangi oleh Firaun.
Pada bahagian peta yang dilingkari (lingkaran merah), menurut para ahli, kira-kira di situlah lokasi di mana Nabi Musa bersama para kaumnya menyeberangi Laut Merah. Lokasi penyeberangan diperkirakan berada di Teluk Aqaba di Nuweiba.
Kedalaman maksimum perairan di sekitar lokasi penyeberangan adalah 800 meter di sisi ke arah Mesir dan 900m di sisi ke arah Arab.
Sementara itu, di sisi utara dan selatan lintasan penyeberangan (garis merah) kedalamannya mencapai 1,500 meter.
Kemiringan laut dari Nuweiba ke arah Teluk Aqaba sekitar 1/14 darjah, dari Teluk Nuweiba ke arah daratan Arab sekitar 1/10 atau 6 darjah.
Diperkirakan jarak antara Nuweiba ke Arab sekitar 1,800 meter. Lebar lintasan Laut Merah yang terbelah diperkirakan 900 meter.
Dapatkah kita membayangkan, berapa gaya (tenaga) yang diperlukan untuk membelah air laut hingga memiliki lebar lintasan 900 meter dengan jarak 1,800 meter untuk membolehkan ratusan ribu pengikut Nabi Musa melaluinya.
Tujuh kilometer
Menurut tulisan lain dikatakan jaraknya mencapai tujuh kilometer, dengan jumlah pengikut Nabi Musa sekitar 600,000 orang dan waktu yang ditempuh untuk menyeberangi sekitar empat jam.
Kajian sebuah perhitungan, dianggarkan diperlukan tekanan sebesar 2.800.000 Newton/m2 atau setara dengan tekanan yang kita terima jika menyelam di laut hingga kedalaman 280 meter.
Jika kita kaitkan dengan kecepatan angin, menurut beberapa perhitungan, sekurangnya diperlukan hembusan angin dengan kecepatan malar 30 meter/detik (180 km/jam) sepanjang malam untuk dapat membelah dan mempertahankan belahan air laut tersebut dalam jangka waktu empat jam.
Sungguh aneh dan ajaib ciptaan Allah SWT. Allah Maha Besar lagi Maha Berkuasa. Firman Allah bermaksud: Setelah mereka menyebabkan kemurkaan Kami, Kami menyeksa mereka, iaitu Kami menenggelamkan mereka semuanya di laut hingga binasa. Maka Kami jadikan mereka contoh dan pengajaran bagi orang-orang yang datang kemudian. (az-Zukhruf: 55-56).
Menurut pendapat lain, kata yang diterjemahkan sebagai Laut Merah (Red Sea) sebenarnya adalah Laut Alang-Alang (Sea of Reeds). Kata ini dikenal sebagai Laut Merah, namun Laut Alang-Alang sebenarnya digunakan untuk merujuk kepada pantai Laut Tengah di Mesir.
Dalam Perjanjian Lama, ketika menyebutkan jalur yang diambil oleh Nabi Musa dan para pengikutnya, ia terletak di utara Delta Nil di pantai Mesir.
Sebagai implikasinya Laut Alang-Alang mendukung kemungkinan bahawa kejadian tersebut terjadi di pantai Mesir, kerana di daerah ini sesuai dengan namanya, banyak tumbuh alang-alang berkat tanah lumpur delta.
Pendapat majoriti terkini mengenalpasti Laut Merah dalam Eksodus sebagai sebuah laguna di pantai Laut Tengah yang terletak di sebelah utara delta di sekitar Semenanjung Sinai.
Al-Quran menggambarkan saat-saat terakhir kehidupan Firaun sebagai berikut: Dan Kami memungkinkan Bani Israel melintasi laut, lalu mereka diikuti oleh Firaun dan bala tenteranya, kerana hendak menganiaya dan menindas mereka, hingga bila Firaun itu telah hampir tenggelam berkatalah ia: "Aku percaya bahawa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israel, dan aku termasuk orang-orang yang berserah diri (kepada Allah). (Yunus: 90).
Namun apa yang diucapkan oleh Firaun telah terlambat, pintu taubat telah tertutup. Pengakuannya menjadi sia-sia sahaja, walaupun ia mengakui menyerah diri kepada Allah SWT.
Pengikut-pengikut Firaun, sebagaimana Firaun sendiri, juga menerima bahagian hukuman mereka. Ini kerana bala tentera Firaun adalah orang yang angkara murka dan penuh kebencian.
Seperti halnya Firaun, mereka pun wajar menerima hukuman dari Allah. Maka Allah pun melemparkan Firaun dan bala tenteranya ke dalam dasar laut.
Firman Allah bermaksud: Dengan sebab itu, Kami mengepungnya bersama-sama tenteranya serta Kami humbankan mereka ke dalam laut, maka perhatikanlah bagaimana buruknya kesudahan orang-orang yang zalim. (al-Qasas: 40)
Dikarang oleh Ibrahim Abdullah

Jika anda menghisap rokok, bacalah artikel ini. Tidak kira anda perempuan atau lelaki, masih anak-anak sekolah, remaja, dewasa ataupun sudah di usia emas, mereka yang menghisap rokok ini bukan sahaja seperti membunuh dan menyeksa dirinya sendiri, malah boleh juga dianggap sebagai seorang pembunuh yang tidak ditangkap, dibicarakan, dimasukkan ke dalam penjara dan digantung sampai mati.
Seorang yang menghisap rokok ialah ‘pembunuh’ atau ‘murdered who gets away with murder’. Renungkanlah perkara ini dan buatlah keputusan supaya berhenti merokok. Kajian demi kajian yang telah dijalankan telah jelas menunjukkan bahawa bahaya rokok bukan sahaja daripada asapnya, bahkan juga daripada kertas pembalut dan puntungnya. Dari asap rokok sahaja, terhasil tidak kurang 3000 jenis bahan kimia yang merupakan racun, yang bukan sahaja dihidu oleh perokok sendiri, malah dihidu terus menerus oleh orang yang selalu berdekatan dengan si perokok, seperti isteri, anak-anak dan rakan-rakan karibnya sendiri.
Di waktu tidurpun, perokok boleh mengeluarkan racun-racun ini dan menjejaskan kesihatan isteri atau anak yang tidur di sebelahnya. Lebih berbahaya lagi sekiranya si isteri sedang mengandung, kerana boleh meracuni anak dalam kandungan dan dengan itu anak akan meninggal dalam kandungan atau lahir dengan kecederaan otaknya yang menyebabkan dia dikatakan ‘cacat’. Kadar kecacatan ini meningkat oleh kerana keadaan persekitaran yang dialami oleh anak termasuk asap rokok daripada ayah atau ibu atau orang lain yang mendampingi ibu mengandung, menghisap rokok.
Rela dan redha untuk berhenti
Asap rokok juga boleh mencemarkan udara dan boleh menjejaskan kesihatan orang lain. Ramai orang yang menghisap rokok kadang kala juga terlalu sombong dan tidak menghiraukan orang lain di sekelilingnya. Umpamanya, tentu anda pernah dihembuskan asap rokok daripada orang yang duduk di sebelah anda dalam restoran. Pernahkah anda terserempak dengan anak kecil di kedai membeli rokok untuk ayah/atuknya? Mungkin kempen ‘Tak Nak’ tidak mencukupi, kempen yang lebih baik ialah, ‘Saya tidak mahu jadi pembunuh’.
Saya difahamkan Arab Saudi antara negara pertama yang telah mengharamkan rokok. Berbeza dengan negara sendiri, apabila harga petrol/diesel, minyak masak dan beras naik, wujudlah pelbagai kempen ‘marah’. Tetapi apabila harga rokok naik, tidak kedengaran seorang perokok pun berbunyi tentang Peruntukan untuk rokok terpaksa ditambah. Kalau ibubapa yang menghisap rokok, bayangkan berapa banyak wang yang dapat diselamatkan untuk membeli beras dan makanan harian dan juga bahan-bahan keperluan lain, termasuklah minyak petrol, gas dan lain-lain. Malah, wang itu juga boleh disimpan atau dilaburkan dengan membeli polisi insurans pendidikan anak-anak.
Jika setiap perokok menyedari dan menerima bahawa sebenarnya dia adalah pembunuh, maka tentu sekali dia akan rela dan redha untuk berhenti merokok. Cara berhenti amat senang sekali. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan, bak kata pepatah, hendak seribu daya, jika mahu seribu usaha. Caranya amat senang, tetapi mesti bermula dengan kerelaan dan keredhaan perokok mahu berhenti dan amalan ini mestilah berterusan. Perokok yang mahu berhenti, dinasihatkan :
- Kira berapa batang rokok dihisap setiap hari dan buat catatan harian
- Mulai dengan mengurangkan satu badan rokok sehari. Selepas 2-3 hari, Kurangkan sebatang lagi dan buat catatan
- Demikianlah caranya sehingga dapat berhenti
- Gantikan rasa ketagih dengan makan vitamin c, kalsium dan magnesium, vitamin b kompleks dan minyak ikan.
Etika untuk perokok
Kaki lima pusat membeli belah kini menjadi zon larangan merokok. Peraturan baru yang ditetapkan ini sedikit sebanyak memberi impak yang positif kepada pejalan-pejalan kaki dan pengunjung pusat membeli belah. Jika diperhatikan, budaya merokok ini adalah aliran kemegahan yang cuba ditonjolkan oleh masyarakat barat terhadap ketamadunannya.
Contoh yang paling jelas dapat dilihat menerusi filem-filem aksi dan lasak yang dipaparkan oleh watak ‘hero’ mahupun watak antagonis. Pastinya ada diselitkan lagak gagah mereka sambil menghisap rokok tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Bagaimanapun, bukan semua perokok itu mempunyai perlakuan yang negatif. Ada cara-caranya yang membolehkan para perokok ini tidak dipandang sinis oleh kebanyakan orang yang tidak merokok.
Etika # 1 - Jaga perasaan orang sekeliling
Berdasarkan situasi seperti ketika di dalam kereta, perokok tidak boleh mementingkan diri sendiri dengan menyalakan api rokok tanpa menghiraukan perasaan penumpang yang lain. Keadaan bertambah buruk apabila dalam kereta berkenaan dinaiki ibu mengandung.
Asap rokok bukan sahaja membahayakan wanita yang mengandung, malah bayi dalam kandungan juga berisiko untuk menerima kesan negatif asap rokok berkenaan. Cara yang paling baik adalah meminta izin kepada penumpang sama ada anda boleh meneruskan merokok atau tidak. Jika mereka keberatan memberi kebenaran, hormatilah hak meraka. Anda boleh meminta pemandu untuk berhenti seketika. Dalam pada itu, anda boleh merokok sama ada di bawah pokok atau di tepi-tepi jalan. Menghormati perasaan orang lain adalah etika dan tanggungjawab yang perlu diamalkan oleh perokok terutamanya perokok tegar.
Etika # 2 - Gunakan zon merokok
Hak bukan perokok juga lebih terpelihara kala ini, yang mana ada sesetengah restoran atau kafe menyediakan zon merokok dan zon larangan merokok. Pembahagian zon-zon sebegini sebenarnya memberi kelebihan dan keselesaan kepada pelanggan. Sekurang-kurangnya perokok tidak membahayakan pelanggan yang tidak merokok. Jika anda terjumpa zon-zon begini, seharusnya perokok pergi ke kawasan itu untuk meneruskan niat di hati. Jangan abaikan zon-zon yang disediakan khas untuk perokok ini. Ia bertambah kurang elok jika anda ingkar dan tidak menghiraukan peraturan yang telah ditetapkan.
Etika # 3 - Amalkan kebersihan
Ketika di rumah juga, para perokok perlu mengamalkan kebersihan dan peraturan sebagaimana ketika berhadapan dengan masyarakat umum. Jangan mengambil kesempatan dengan kebaikan dan sifat memahami seorang isteri. Walaupun isteri anda tidak bising-bisinga dan membebel dengan keinginan anda, anda perlu menghormati haknya. Yang mana, anda tidak boleh merokok ketika sedang berbual dengannya. Jika perlu, anda boleh keluar daripada rumah untuk merokok, sama ada di luar rumah atau di bawah pohon-pohon berdekatan rumah. Tidak salah jika merokok di dalam tandas, jika tandas itu dikhaskan untuk anda seorang saja (kerana aliran udara di tandas boleh berbahayakan kesihatan orang lain yang tinggal bersama anda) dan anda perlu pastikan habuk rokok dibersihkan dengan kemas dan putung rokok tidak dibuang merata-rata. Disiplin sebegini sebenarnya memberi kelebihan kepada keluarga dan anak-anak yang memandang anda sebagai ketua keluarga.
Etika # 4 - Belajar cara kurangkan merokok
Sebolehnya, perokok belajar setiap hari bagaimana cara-cara untuk mengurangkan jumlah pengambilan rokoknya. Sekarang ini ada pelbagai produk yan gdiperkenalkan untuk membantu perokok mengurangkan kadar hisapan harian mereka. Ia boleh diperolehi sama ada di farmasi ataupun dibeli dengan orang perseorangan.
Perlakuan merokok ini tidak diwarisi. Belum tentu ayah yang merokok akan melahirkan ana yang merokok dan begitulah sebaliknya. Namun, ia boleh dicegah apabila seseorang sedar akan hakikat merokok itu tidak memebri kebaikan melainkan pembaziran wang semata-mata. Seseorang yang tidak merokok juga tidak boleh secara terang-terangan mempertikaikan perlakuan seseorang yang merokok. Apatah lagi jika mereka merokok di dalam zon merokok. Menegur mereka dengan cara berhemah adalah lebih baik lagi dan siapa tahu, lama-kelamaan keinginan untuk berhenti merokok hadir dalam diri mreka.
Larangan merokok di kali lima juga memberi kelebihan kepada perokok. Sekurang-kurangnya imej negatif tidak membelenggu diri perokok itu sendiri. Hal ini kerana, ramai wanita yang meletakkan syarat ‘tidak merokok’ sebagai kriteria utama mencari pasangan hidup. Namun, jika jodoh mereka bertemu dengan lelaki yang merokok, pasangan ini perlu berbincang sama ada si lelaki perlu berkorban untuk berhenti merokok atau wanita pula perlu belajar memahami dan memberi garis panduan yang terbaik agar ia tidak memberi impak negatif kepada keluarga berkenaan. Jangan kerana sebatang rokok, pasangan harmoni bertukar menjadi huru-hara.
Bertegaslah dalam pelaksanaan larangan merokok

Baru-baru ini, perokok sekali lagi berdepan dengan ‘rintangan’. Kali ini apabila kerajaan menambahkan jumlah kawasan yang bakal dijadikan zon larangan merokok. Penambahan terbaru itu akan menyebabkan mereka tidak lagi boleh merokok di tempat kerja yang mempunyai sistem pendingin hawa berpusat dan juga di lobi-lobi hotel. Demi kepentingan majoriti rakyat yang tidak merokok, kerajaan terpaksa mengambil pendekatan terbaru itu walaupun ia pastinya tidak menyenangkan golongan perokok.
Langkah terbaru itu diharap mampu membuatkan mereka yang tidak merokok menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya ada alasan untuk mereka menegur rakan-rakan sekiranya tidak mematuhi peraturan berkenaan. Bagaimanapun, langkah kerajaan untuk mewartakan serta-merta larangan terhadap peniaga dan peruncit agar tidak menyertakan tawaran hadiah apabila menjual hasil tembakau kepada orang ramai dilihat sebagai langkah terbaik dalam ‘kempen larangan merokok’ selama ini. Setidak-tidaknya langkah tersebut akan menyekat usaha syarikat-syarikat pengeluar rokok daripada mempromosikan keluaran mereka secara halus ataupun menggunakan ‘taktik kotor’ untuk melariskan produk.
Pewartaan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2009 itu juga menyaksikan larangan untuk sebarang objek atau benda dijual bersekali dengan hasil tembakau. Pengeluar, peruncit atau peniaga juga diharamkan untuk menawarkan hasil tembakau ke atas pembelian sebarang jenis produk. Paling menarik, pihak yang didapati bersalah melanggar larangan atau peraturan tersebut boleh didenda sehingga RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Peraturan atau larangan berkenaan memang tepat pada masanya. Kempen antirokok yang semakin diperhebatkan - termasuklah mewajibkan pengeluar atau pengedar mempamerkan amaran kesihatan bergambar dengan enam imej ngeri - itu diharap menjadi antara faktor tekanan terbaru kepada perokok selain kenaikan cukai saban tahun. Walaupun ada yang mengatakan ‘imej ngeri’ itu tidak akan mampu mengekang tabiat ketagihan di kalangan perokok, namun kita berharap keadaan itu hanya berlegar dalam kalangan perokok tegar sahaja. Sementara itu, dalam keghairahan kerajaan meningkatkan peraturan serta larangan terhadap perokok, penjual, peruncit, pengedar dan pengeluar produk-produk hasil tembakau, kita juga berharap ia juga akan meliputi aspek penguatkuasaan.
Ramai yang melihat matlamat kerajaan memperkenalkan pelbagai larangan itu sebagai satu usaha murni. Dan ia sepatutnya diiringi dengan penguatkuasaan sebenar. Bukan setakat hanya indah pada kertas tetapi pelaksanaan pula pada tahap ‘suam-suam kuku’ sahaja. Selepas ini, pihak berkenaan terutama yang mempunyai kuasa untuk mengenakan kompaun atau denda ke atas mereka yang melanggar peraturan mengenai larangan merokok ini perlu lebih bersikap proaktif.
Jangan pula selepas ini, asap rokok terus dibiarkan berkepul-kepul di ruang atau premis yang telah pun diwartakan sebagai ‘zon larangan merokok’. Jangan lagi pihak berkuasa dikatakan ‘sekadar melepas batuk di tangga’ sahaja.
Sumber : NURY dan Utusan
Cuba perhatikan kajian statistik yang dikeluarkan oleh
U.S. Department Of Health, Education & Welfare.
(Hampir sama dengan Malaysia)
Pada umur 65 tahun:
- 1 jadi jutawan
- 4 hidup senang
- 5 masih bekerja sebab terpaksa
- 54 hidup dengan bantuan keluarga & kebajikan
- 36 mati
Adus....
Tahukah anda apa yang menyebabkan hanya 1 daripada
100 orang yang benar-benar mampu mencapai kekayaan?
Ianya bergantung kepada MINDA seorang dan disini
saya jelaskan perbezaan antara minda orang kaya dan
orang susah:
#1: Orang kaya percaya "Saya yang mencorakkan hidup saya"
Orang susah percaya "Semuanya sudah nasib"
#2: Orang kaya berbisnes untuk menang.
Orang susah berbisnes supaya tak rugi.
#3: Orang kaya komited untuk jadi kaya.
Orang susah hanya nak kaya.
#4: Orang kaya berfikiran luas & jauh.
Orang susah berfikiran sempit.
#5: Orang kaya lebih tumpukan kepada peluang.
Orang susah lebih tumpukan kepada halangan.
#6: Orang kaya kagum dan mencontohi orang yang berjaya & kaya.
Orang susah benci dan dengki kepada orang berjaya & kaya.
#7: Orang kaya berkawan dengan orang positif & berjaya.
Orang susah berkawan dengan orang negatif & gagal.
#8: Orang kaya berfikiran positif tentang jualan & bisnes.
Orang susah berfikiran negatif tentang jualan & bisnes.
#9: Orang kaya lebih kuat daripada masalah.
Orang susah lemah dan lembik dengan masalah.
#10: Orang kaya bersedia belajar perkara baru.
Orang susah menganggap semuanya sudah tahu.
#11: Orang kaya memilih dibayar melalui hasil.
Orang susah memilih dibayar melalui masa.
#12: Orang kaya buatkan duit berkerja kuat untuknya.
Orang susah kerja kuat untuk cari duit.
#13: orang kaya bertindak walaupun takut.
Orang susah biarkan ketakutan untuk tidak bertindak.
#14: Orang kaya pandai uruskan kewangan.
Orang susah tidak tahu cara uruskan kewangan.
Wow.. banyaknya nak ingat! Ya, saya sendiri masih belajar
dan akan terus belajar untuk mencapai taraf minda jutawan,
saya berharap anda juga berfikiran terbuka untuk buat
perkara yang sama dan cuba fahamkan 14 konsep minda jutawan.
Ingat, "think rich to get rich!"
Sumber dari Jutawan Automatik Mohd Nizam













