TINGKATKAN KUALITI HUBUNGAN SEKS SUAMI ISTERI

Posted by ownz | Saturday, July 11, 2009 | | 0 comments »

Bagaimanapun kebanyakan pasangan suami isteri tatkala ini khususnya
yang masih muda merasakan begitu sukar untuk melakukannya. Tuntutan
kerja sedari pagi hingga petang, urusan rumah tangga yang tak
pernah sudah dan juga tanggungjawab terhadap anak-anak membuatkan
baik suami mahupun isteri payah meluangkan masa melakukan aktiviti
bersama.
Kalau adapun niat untuk melakukannya, urusan anak sering kali
menghalang hasrat tersebut. Ya lah kalau si ayah dan ibu keluar
berdua siapa pula yang mahu menjaga anak-anak. Inilah yang selalu
bermain dalam fikiran suami mahupun isteri.

* Dalam pada itu ada juga suami ataupun isteri yang
menganggapkan kegiatan bersama ini adalah sesuatu yang remeh-temeh.
la hanya layak dilakukan di awal-awal perkahwinan saja. Bila usia
perkahwinan sudah meningkat ia terus dilupakan dengan alasan 'tiada
masa'. Pasangan suami isteri ini sebenarnya tidak mengetahui akan
kepentingan meluangkan masa antara satu sama lain, la bukan satu
proses untuk lebih mengenali pasangan masing-masing malah turut
menambah unsur kasih sayang.

Selain itu aktiviti yang dilakukan berdua dengan pasangan mampu
membangkitkan rasa kedekatan atau keintiman. Lebih penting, ahli
terapi seksual, menegaskan kegiatan yang dilakukan berduaan akan
mampu meningkatkan kualiti seks suami isteri.

* Kata mereka, dengan melakukan kegiatan berdua, satu perasaan
dekat dan keintiman yang lebih akan muncul dalam diri baik suami
mahupun isteri. Perkara ini seterusnya akan memberi kesan terhadap
kehidupan seksual mereka.

Aktiviti seks yang dilakukan selepas suami isteri menghabiskan masa
bersama dipercayai lebih mesra, asyik dan bahagia. Oleh itu semakin
kerap suami isteri melakukan aktiviti bersama maka makin teballah
perasaan dekat dan intim yang dirasakan dan makin berkualitilah
perhubungan seksual mereka.

* Pelbagai aktiviti bersama

Ada banyak aktiviti berdua yang boleh dilakukan oleh pasangan suami
isteri untuk meningkatkan keintiman. Antara yang boleh dilakukan
adalah keluar bersama membeli hadiah untuk pasangan, memasak atau
membuat kuih bersama, menonton wayang, berjoging atau bersenam
mahupun sekadar bersantai di tepian pantai.
Selain itu, pasangan juga boleh memilih untuk melakukan kerja
sosial bersama seperti membantu di rumah kebajikan, rumah
kanak-kanak cacat mahupun fakir miskin selepas habis waktu bekerja.

* Anda juga boleh melakukan acara belajar bersama, misalnya
belajar bahasa Inggeris mahupun bahasa asing. la bukan saja dapat
membantu meluaskan kemahiran berbahasa tapi yang paling penting
suami isteri akan berasa lebih dekat antara satu sama lain.

Begitu juga bila suami isteri bersama-sama mendalami hal agama.
Kegiatan keagamaan ini bukan saja menambah ilmu agama dan
kerohanian tapi mampu menjernihkan fikiran suami isteri. la juga
akan menjadi landasan untuk keduanya membentuk sebuah keluarga yang
harmoni.

* Kembali berghairah

Di samping meningkatkan kualiti perhubungan seks suami isteri,
aktiviti bersama dikatakan boleh membantu menyelesaikan masalah
ghairah seks menurun. Perkara ini disarankan oleh pakar psikologi
dan penulis buku Couple Power Therapy, Phyllis Kock Sheras.
Beliau menyarankan agar suami isteri yang mengalami masalah ini
secara teratur menyisihkan masa mereka yang sibuk itu untuk bersama
setiap hari. Sebagai contoh katanya jadualkan waktu makan bersama
sama ada di sebelah malam mahupun ketika makan tengah hari.

* Amat penting katanya bagi pasangan suami isteri meluangkan
masa berdua bagi memastikan perhubungan sentiasa harmonis. Inilah
yang akan memastikan kelangsungan ghairah suami dan isteri.

Nasihatnya lagi jangan pernah menganggap remeh urusan ini,
sekiranya di rumah agak sukar untuk bersama kerana gangguan
sekeliling, keluarlah. Luangkan masa untuk berdua seperti waktu
bercinta dulu.

0 comments