TENTANG NEGARA DI DUNIA

Posted by ownz | Saturday, July 11, 2009 | | 5 comments »


Canada adalah perkataan Red Indian yang bermaksud "Lembah Besar"

Pada tahun 1984, peladang Canada menyewakan badan lembu mereka untuk
ruang iklan.

0.3% kemalangan jalanraya di Canada membabitkan rusa.

Dalam kebakaran terbesar di London pada tahun 1966, separuh dari kota
London terbakar tapi cuma 6 orang yg tercedera.

Bolivia ada dua ibu negara.

Amazon adalah sungai yang terbesar di dunia, 6,259 km

Bandar Calma di Chile tidak pernah langsung menerima hujan

Orang Francis makan lebih banyak keju dari negara lain di dunia

Ada sebuah tempat di Francis yang bernama "Y"

Raja Louis XIX memerintah Perancis selama 15 minit sahaja.

Ketinggian Eifel Tower di Perancis sentiasa berubah mengikut suhu.
Adakalanya sehingga 6 inci.

Lagu kebangsaan Greece ada 158 versi.
Komen : lagu kebangsaan Malaysia ada satu versi, tapi ada macam-macam
rentak

Orang Bulgaria paling banyak makan yogurt di dunia
Komen : Orang Malaysia lagi hebat, paling banyak makan belacan di dunia

Belanda telah melaksanakan kempen menentang sikap sumpah menyumpah.
Stesen Keretapinya mula meletakkan tanda 'Ketinggalan Keretapi?
Menyumpah tidak membantu'

Belanda adalah satu-satunya negara di dunia yang ada anjing kebangsaan.

King George I di England tidak boleh berbahasa Enggeris. Beliau di
besarkan di Jerman.

Mesin pengeluaran wang (ATM) mula-mula di cipta di England pada 1965

Buku panduan talipon di negara Iceland kadangkala turut memuatkan
pekerjaan seseorang. Ini adalah kerana terlalu banyak penduduknya
yang memiliki nama yang sama.

Sehingga tahun 1997, lebih banyak babi dari manusia di Denmark.

Sweden mempuyai kadar kelahiran paling sedikit (1 dlm 100)

Komik kartun Donald Duck pernah diharamkan di Finland kerana ia
tak pakai seluar.
Komen : aleh, dia tak pakai seluar pun bukannyer nampak aper-aper.

Lithuania adalah negara yg punyai paling banyak orang bunuh diri.

Kod talipon untuk Russia ialah ' 007 '

Harga bagi burger McDonald's Extra Value di Russia sama dengan
purata sebulan gaji pekerja Russia

Orang Russia menjawab talipon dengan menyebut'saya mendengar'

Amerika beli Alaska dengan harga 2 sen seekar dari Russia

1 dari 5 doktor di seluruh dunia adalah orang Russia

Keretapi yg bergerak setiap hari pergi dan balik ke Bombay di India
dibuat untuk menampung 1,700 penumpang tetapi ianya di naiki oleh
7000 penumpang setiap perjalanan.

Nepal adalah satu-satunya negara yang mempunyai bendera yang
bukan empat segi.

Setiap perokok di China menghisap 1,800 batang rokok setiap tahun.

Lebih banyak orang China yang berbahasa Enggeris dari org Amerika.

Berus gigi dicipta di China pada tahun 1498

Vatican City adalah negara terkecil di dunia dengan penduduk 1000
orang dan bersaiz 108 ekar.

Di Jepun, tembikai berbentuk empat segi.

98% mayat di Jepun dibakar.

Nombor 'four' di Jepun dianggap nombor sial kerana sebutannya dalam
bahasa Jepun sama dengan perkataan 'mati'

Ada tempat di Jepun dinamakan 'O'

Pada kurun ke 16, orang Philipina menggunakan 'yo-yo' sebagai
senjata perang.

Nama tempat terpanjang di dunia ialah
'Taumatawhakatangihangakoauauotamateaturipukakpikimaungahoronukupokai-
iwhenuakitanatahu' iaitu nama sebuah bukit di New Zealand.

8P KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA

Posted by ownz | Saturday, July 11, 2009 | | 2 comments »

1.P- PUJI : setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.
2..P - PELUK: hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana kalau kita selalu peluk boleh memanjangkan jangka hayat pasangan. Buat jangan x buat.
3. P - PENGHARGAAN : dimana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
4. P - PERHATIAN : yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa terabai.
5. P- PERSEFAHAMAN : kerana sebagai manusia yang berkerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.
6. P- PERGAULAN : pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkan nya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
7.P - PERCUTIAN : dimana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.
8. P - PERMOHONAN - iaitu DOA kepada ALLAH supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta di jauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

KEAJAIBAN NOMBOR DI DALAM AL-QURAN

Posted by ownz | Saturday, July 11, 2009 | | 0 comments »

Ajaib tetapi benar! Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang cendekiawan Islam terhadap kandungan Al-Quran. Didapati banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi,angkasalepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan sebagainya.

Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:

DUNIA - 115 kali
AKHIRAT - 115 kali

MALAIKAT - 88 kali
SYAITAN - 88 kali

HIDUP - 145 kali
MATI - 145 kali

FAEDAH - 50 kali
KERUGIAN - 50 kali

UMMAH - 50 kali
PENYAMPAI - 50 kali

IBLIS : PENGHULU SYAITAN - 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali

BALA/MUSIBAH - 75 kali
BERSYUKUR - 75 kali

BERSEDEKAH - 73 kali
BERPUAS HATI - 73 kali

ORANG YANG SESAT - 17 kali
ORANG YANG MENINGGAL DUNIA - 17 kali

MUSLIMIN - 41 kali
JIHAD - 41 kali

EMAS - 8 kali
KEMURAHAN HIDUP - 8 kali

KEAJAIBAN - 60 kali
FITNAH - 60 kali

ZAKAT - 32 kali
BERKAT - 32 kali

MINDA - 49 kali
NUR - 49 kali

LIDAH - 25 kali
SUMPAH - 25 kali

NAFSU - 8 kali
KETAKUTAN - 8 kali

BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI - 18 kali
BERDAKWAH - 18 kali

KESUSAHAN - 114 kali
KESABARAN - 114 kali

MUHAMMAD - 4 kali
SYARIAT - 4 kali

LELAKI - 24 kali
PEREMPUAN - 24 kali

SOLAT (SEMBAHYANG) - 5 kali

BULAN - 12 kali
HARI - 365 kali

LAUTAN - 32 kali
DARATAN - 13 kali

LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45
Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus
Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus
JUMLAH = 100 peratus

Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus.

Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!!

Sebut sahaja perniagaan Internet pasti terbayang ribuan ringgit
dalam kepala sesetengah rakyat Malaysia sekarang. Bagi mereka
menjana pendapatan di Internet ini sangat mudah dan pasti akan
mendapat pulangan yang sangat lumayan. Ya betul. tidak nafikan
bahawa anda semua boleh menjana pendapatan di Internet dan tidak
mustahil jika pendapatan anda mencecah jutaan ringgit sekali pun.

Saya sendiri juga bercita-cita untuk mendapat pendapatan jutaan
ringgit di Internet dan sehingga kini masih lagi berusaha untuk
mencapai target tersebut. Mungkin setahun atau dua tahun lagi saya
akan mencapai peringkat tersebut kerana saya percaya bahawa sudah
ramai yang mampu lakukannya dengan kuasa Internet.
94% Perniagaan Internet Gagal Pada Tahun Pertama

Namun, anda perlu ingat dengan fakta ini iaitu 94% perniagaan
Internet gagal pada tahun pertama. Inilah hakikat pedih dan pahit
yang patut kita terima.

Oleh itu, saya ingin memberi beberapa perkara penting yang perlu
anda ambil iktibar jika anda ingin memulakan perniagaan Internet.
Jika anda mempunyai beberapa ciri yang saya akan nyatakan sebentar
lagi, silalah ubah dengan segera atau anda boleh lupakan terus
tentang perniagaan Internet. Ini kerana perniagaan Internet tidak
sesuai untuk anda.

5 Sebab Kenapa Anda Tidak Boleh Menjana Duit Di Internet

1. Anda malas untuk membaca.

Ini mungkin perkara remeh bagi sesetengah orang dan mengikut fakta
masih ramai rakyat Malaysia yang tidak mengamalkan tabiat membaca.
Mungkin juga ada di kalangan pembaca yang mengatakan "Ala.. aku
dulu time sekolah tak baca buku pun dapat straight A", "Rimas aku
nak baca buku/ebook yang tebal-tebal" dan sebagainya.

Hakikat yang perlu anda terima ialah perniagaan Internet perlu
dipelajari melalui pembacaan. Ya, untuk berjaya dalam perniagaan
Internet anda tidak boleh hanya bergantung harap kepada seminar,
video tutorial yang anda hadiri tetapi anda perlu mengambil
inisiatif untuk membaca bahan-bahan ilmiah berkenaan perniagaan
Internet di blog-blog, forum, website dan sebagainya.

kita percaya dan yakin bahawa usahawan Internet berjaya yang ada
sekarang pasti meluangkan masa berjam-jam sehari di Internet untuk
membaca perkara-perkara berkaitan perniagaan Internet. Anda boleh
dapat banyak info tentang perniagaan Internet dengan menggunakan
search engine dan jika anda mendapat wang yang lebih, anda bolehlah
membeli ebook-ebook yang ditawarkan di Internet. Ringkasanya, jika
anda malas membaca maka ucapkanlah selamat tinggal kepada
perniagaan Internet.

2. Malas untuk membuat kajian.

Anda sendiri tahu bahawa setiap minit pasti akan muncul
usahawan-usahawan Internet baru yang mencuba nasib menjana
pendapatan di Internet. Ini merupakan satu perkembangan yang baik
kepada industri perniagaan Internet dan ekonomi negara. Namun, ini
merupakan satu petanda buruk kepada mereka yang baru hendak menapak
diri dalam perniagaan Internet. Kenapa?

Sudah pasti kerana persaingan yang sengit. Oleh itu, untuk
menjadikan anda seorang usahawan Internet yang berjaya ialah anda
perlu membuat kajian terhadap sesuatu perniagaan yang anda ingin
mulakan. Dengan kajian yang anda lakukan anda dapat mengurangkan
risiko untuk anda gagal dan tidak tergolong dalam 94% yang gagal.

kita tidak dapat bayangkan jika anda memulakan perniagaan Internet
tanpa membuat sebarang kajian kerana anda akan terdedah dengan
pelbagai kemungkinan yang akan menimpa perniagaan anda. Namun
jangan gusar kerana tidak semua perkara perlua dibuat kajian yang
terperinci. Cukuplah sekadar mengetahui sama ada produk yang anda
ingin jual itu ada permintaan ataupun tidak. Jika produk fizikal,
itu sudah memadai kerana setiap produk fizikal yang dihasilkan
dalam dunia ini sudah mempunyai permintaannya yang tersendiri.
Namun, jika anda abaikan terus aspek ini, anda pasti tersungkur di
persimpangan jalan untuk menjadi seorang usahawan Internet yang
berjaya.

3. Malas untuk mencari jawapan.

Anda pasti sudah lali dengan peribahasa "Malu bertanya sesat jalan"
dan inilah realitinya dalam dunia perniagaan Internet. Namun konsep
pertanyaan dalam perniagaan Internet lebih mudah kerana anda
mempunyai search engine, forum, blog dan sebagainya.

Anda boleh bertanya soalan kepada mereka yang pakar dan anda juga
boleh mencari jawapan sendiri dengan menggunakan search engine.
Saya pernah bercakap dengan seseorang yang berminat untuk memulakan
perniagaan Internet tetapi beliau tiada usaha langsung untuk
bertanya ataupun mencari jawapan. Selepas setahun berlalu saya
lihat dia masih lagi ditakuk lama kerana dia malas untuk mencari
jawapan terhadap sesuatu permasalahan.

Percayalah dengan menggunakan Internet segala persoalan anda pasti
akan terjawab. Cuma terpulang kepada diri dan sikap anda sendiri
sama ada ingin berjaya ataupun gagal dalam perniagaan Internet.

4. Takut untuk melabur.

Ya, lupakan hasrat anda untuk menjana wang di Internet jika anda
takut untuk melabur. Maksud saya di sini ialah anda takut untuk
mengeluarkan sedikit wang untuk pelaburan bagi perniagaan anda.
Saya sudah menjumpai ramai usahawan Internet yang berjaya dan satu
persamaan sikap yang terdapat pada mereka ialah mereka sanggup
untuk melabur bagi perniagaan mereka.

Mereka sanggup melabur sehingga mencecah puluhan ribu ringgit untuk
perniagaan mereka. Wah, mungkin ada yang mengatakan bahawa frasa
puluhan ribu ringgit ini tidak realistik untuk diungkapkan kepada
para newbie. Baiklah, contoh paling mudah ialah jika anda seorang
blogger(penulis blog) tentang dunia hiburan. Pelaburan yang perlu
anda lakukan untuk berjaya ialah:

* Membeli domain + hosting - Ini merupakan keperluan asas untuk
menjadi seorang peniagan internet yang berjaya.
* Membeli software atau programme yang berguna
* Membeli buku-buku panduan perniagaan internet

Dengan beberapa pelaburan tersebutlah anda boleh
menjadi seorang yang berjaya dalam menjana wang di Internet. Jika
tidak sanggup untuk melabur dengan alasan takut rugi, maka
lupakanlah sahaja hasrat anda untuk menajana pendapatan di
Internet.

5. Takut untuk mencuba.

Golongan yang takut mencuba merupakan golongan yang teramai saya
pernah jumpa setakat ini. Dia tahu tentang potensi perniagaan
Internet, dia tahu bagaimana untuk memulakan perniagaan Internet
dan banyak lagi perkara yang di tahu. Namun, cukupkah hanya sekadar
tahu? Adakah sekadar tahu anda boleh berjaya?

Tidak! Untuk berjaya anda perlukan tindakan! Cubalah apa jenis
perniagaan pun dalam dunia ini, tanpa sebarang tindakan anda tidak
akan mencapai sebarang kejayaan. Saya merayu kepada anda yang
tergolong dalam kumpulan ini agar terus bertindak dan jangalah
memberikan 1001 alasan untuk tidak bermula kerana anda juga yang
rugi. Anda juga yang tidak akan belajar apa-apa perkara baru dengan
hanya berdiam diri dan memerhati.

Jika anda terus berdegil untuk menjadi pemerhati, maka anda
bolehlah tutup kamus perniagaan Internet anda sekarang kerana anda
pasti gagal!
Perkongsian Yang Pahit Tetapi Itulah Hakikatnya

Itulah beberapa sebab yang akan membuatkan anda gagal dalam
perniagaan Internet.

JANGAN IKUT HATI

Posted by ownz | Saturday, July 11, 2009 | | 0 comments »

"Kalaulah diikutkan hati, saya tak mau bersusah payah, kalau boleh
semua kesenangan ingin saya miliki tanpa melalui pelbagai cabaran."
Begitulah agaknya antara keluhan yang mungkin dicurahkan jika
diikutkan hati. Tetapi awas! jangan ikutkan hati, kelak merana diri.

Sebenarnya ungkapan "jangan ikut hati" membawa maksud kita tidak
harus melayan kehendak atau nafsu yang mendorong kita ke arah
tindakan yang merugikan diri sendiri. Sebaliknya kita harus
mengawal diri supaya setiap langkah yang diambil benar-benar
memberi faedah serta berketepatan dengan peraturan yang sedia ada.
Malah jika cetusan kehendak itu lahir dari hati yang suci, maka
kehendak tersebut perlulah dilayan.

Sebagai contoh jika kita berkehendakkan kejayaan dan berazam untuk
berusaha bersungguh-sungguh maka kehendak tersebut perlu dipenuhi
segera dengan mengatur langkah serta menyusun perancangan agar ia
dapat dijelmakan dalam bentuk tindakan yang sihat.

Di saat-saat menjelangnya peperiksaan sudah tentu terdapat beberapa
kehendak yang harus dihindari seperti:

Membuang masa: Kita memang suka membuang masa. Adalah amat
menyeronokkan jika kita dapat bersembang-sembang, bergelak ketawa
serta bergurau senda bersama rakan-rakan. Perbuatan begini harus
dihindari kerana masa berjalan terlalu pantas. Setiap saat yang
kita lalui akan memendekkan masa penantian kita untuk berhadapan
dengan peperiksaan.

Leka dengan hiburan: Sememangnya jika diikutkan hati kita inginkan
hiburan seperti mendengar radio, mendengar MP3, menonton TV, Video,
bermain alat playstation dan sebagainya. Hiburan seumpama ini bukan
sahaja merugikan masa tetapi juga melekakan kita daripada mengulang
kaji. Sementara itu pelbagai bentuk hiburan yang kita lalui itu
akan mengganggu fikiran dan mengurangkan fokus ketika belajar.

Ponteng sekolah: Walaupun sukatan pelajaran telah lengkap
dipelajari tetapi ini bukan bermakna kita boleh ponteng sekolah.
Banyak lagi perkara-perkara yang harus kita selesaikan di sekolah
termasuk mengulang kaji, membuat latihan tambahan, berbincang
dengan rakan dan guru serta membuat rujukan di pusat sumber.

Menyedari hakikat bahawa kita perlu menggunakan masa sepenuhnya
menjelang peperiksaan ini, maka janganlah kita ikutkan hati ke arah
melakukan tindakan yang sia-sia dan bertentangan ajaran agama.

KEPELBAGAIAN CARA BELAJAR

Posted by ownz | Saturday, July 11, 2009 | | 0 comments »

BELAJAR sememangnya menyeronokkan tetapi bagi mereka yang belajar
dengan hanya tertumpu pada buku sahaja kadangkala mungkin juga
membosankan. Oleh itu murid harus mempelbagaikan bahan, kaedah dan
gaya belajar agar ianya menjadi aktiviti harian yang mampu
dijalankan tanpa terasa sebagai bebanan.

- Bahan - terdapat pelbagai bahan belajar yang boleh digunakan
termasuklah buku teks, akhbar, bahan grafik, lakaran peta minda,
bahan audio, video, animasi serta bahan dari internet.

Bahan seumpama ini boleh diperoleh daripada pusat sumber sekolah
atau negeri, kedai buku, kedai video dan sebagainya. Bahan yang
mempunyai imej atau yang bercirikan multimedia mampu menarik
perhatian kita serta mampu mengekal dan menambahkan daya ingatan
terhadap fakta-fakta yang dipelajari.

- Kaedah - belajar sendirian adalah suatu amalan yang baik tetapi
kadangkala kita mudah rasa jemu, bosan dan mengantuk. Adalah
dicadangkan supaya murid-murid mampu berinteraksi atau berbincang
dengan rakan-rakan berdasarkan bahan yang dipilih.

Idea yang bernas daripada rakan-rakan mampu memberi maklum balas
serta menjadi asas membetulkan kesilapan yang dilakukan. Mencari
bahan dengan melayari Internet mampu menambahkan kemahiran
penggunaan komputer di samping mendapat bahan atau fakta terkini.

- Gaya belajar - Gaya belajar juga mempengaruhi segala tindakan
kita dalam proses mengulang kaji. Oleh itu gaya belajar juga harus
dipelbagaikan termasuk kedudukan kita ketika belajar sama ada
secara formal berada di kerusi, duduk di lantai atau bersandar di
sofa. Ada juga pelajar yang suka belajar sambil mendengar muzik.

Amalan ini boleh dilakukan tetapi dalam keadaan terkawal. Muzik
yang didengar itu sebaik-baiknya tidak terlalu kuat sehinggakan
hilang daya tumpuan belajar. Walau bagaimanapun anda dilarang
mendengar muzik ketika melakukan aktiviti belajar seperti menghafal
atau membuat latihan yang mempunyai aras kesukaran yang tinggi yang
banyak menggunakan daya berfikir. Menonton televisyen ketika
belajar adalah dilarang sama sekali.

Dalam jangka masa terdekat ini murid-murid harus mempelbagaikan
cara belajar masing-masing. Keseronokan ketika belajar harus
dirasai agar apa yang dipelajari itu difahami dan akhirnya mampu
menjawab soalan peperiksaan dengan tenang, berkeyakinan dan
menepati kehendak soalan.

MENGEKALKAN SEMANGAT BELAJAR

Posted by ownz | Saturday, July 11, 2009 | | 0 comments »

PEPERIKSAAN demi peperiksaan akan muncul tidak lama lagi dan
kemudiannya diakhiri dengan Peperiksaan Sebenar.
Mungkin ada di antara murid yang rasa bosan serta tidak bertenaga
lagi untuk menghadapi semua ini. Bagaimanapun mahu tidak mahu
proses ini harus dilalui. Oleh itu adalah amat penting bagi
seseorang murid dapat mengekalkan semangat untuk terus belajar.
Dengan berbekalkan semangat segala cabaran akan dapat ditangani
dengan mudah.

Berikut disenaraikan beberapa langkah yang boleh dilakukan oleh
murid-murid untuk mengekalkan semangat untuk belajar.

- Tindakan segera ketika menghadapi kesukaran. Sewaktu mengulang
kaji atau mendengar penerangan guru terdapat juga perkara-perkara
yang tidak difahami. Lama kelamaan perkara-perkara yang tidak
difahami ini akan menyukarkan murid untuk meneruskan mengulang kaji
pelajaran dan akhirnya murid akan merasa bosan serta hilang
semangat untuk belajar. Dalam hal ini murid perlu bertindak segera
mengatasinya. Murid perlu menghubungi guru, rakan atau merujuk
bahan bacaan sehingga perkara yang tidak difahami itu dapat diatasi.

- Mengulang kaji setiap hari: Proses mengulang kaji perlu dilakukan
setiap hari mengikut jadual yang dirancang. Ada sesetengah murid
hanya mengulang kaji pada hari-hari tertentu sahaja. Keadaan begini
akan menghilangkan suasana peperiksaan serta semangat untuk belajar.

- Jangan ponteng kelas. Perbuatan ponteng kelas akan menyebabkan
murid ketinggalan topik yang diajar. Tanpa penerangan guru adalah
agak sukar bagi murid memahaminya. Jika masalah ini berlarutan
murid akan hilang semangat untuk belajar.

- Tumpuan pada pelajaran. Di peringkat ini murid diminta memberi
sepenuh perhatian pada pelajaran. Hiburan yang berlebihan haruslah
ditinggalkan. Biarlah minda kita hanya memikirkan tentang pelajaran
tanpa dicampur aduk dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

- Bertaqwa sepanjang masa: Beribadah mampu menimbulkan kesedaran,
kesyukuran serta mendekati diri kita kepada Allah. Segala nikmat
dan kejayaan akan diberikan oleh Allah sekiranya seseorang itu
berusaha bersungguh-sungguh serta ikhlas melakukan segala tindakan
tanpa dipaksa. Menyedari hakikat ini semangat untuk belajar akan
terus bersemarak di jiwa kita yang akhirnya membawa kejayaan.

Oleh itu murid harus bertindak sekarang kerana masa berjalan dengan
pantas. Kita tidak harus berdolak dalih memberi alasan tetapi
teruslah mencari jalan untuk belajar bersungguh-sungguh demi
mencapai kejayaan.